Pelakon, Sharnaaz Ahmad berjanji akan sentiasa ada bersama anaknya, Jebat Jayden dalam apa jua keadaan sekali pun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon filem, Juvana The Movie ini turut memaklumkan sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa berusaha demi memenuhi segala impian anaknya itu.

“Hey boy, nanti dah pandai baca, baca ok. Baba sayang cek, baba will always be there and have ur back.. no matter how hard and bad life will hit you day by day..

“And baba mintak maaf kalau baba not good enough for you but ill try my very best to fulfill all your dreams. Today boy dah 3 tahun, soon akan mula membesar dengan pantas dah,” tulisnya.

“Mintak Maaf Kalau Baba Belum Cukup Baik Buat Kamu…,” – Jebat Jayden Dah 3 Tahun, Nukilan ‘Special’ Sharnaaz Ahmad Bikin Ramai Tersentuh “Mintak Maaf Kalau Baba Belum Cukup Baik Buat Kamu…,” – Jebat Jayden Dah 3 Tahun, Nukilan ‘Special’ Sharnaaz Ahmad Bikin Ramai Tersentuh

Nukilan istimewa tersebut ditulis khas oleh Sharnaaz bersempena dengan ulang tahun kelahiran Jebat yang ke-3.

IKLAN

Sharnaaz yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama turut berharap agar anaknya itu dapat membesar menjadi seorang lelaki yang bijaksana.

“I just want to plant it here so that you know you can grow older and wiser, but you will always be my little spiderman that loves ayam bakar, skeleton, spiderman and perempuan cantik.

“Happy birthday My Boy Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad. Happy birthday to baba too.

“My only son, My forever No 1. Kepada yanb nak apply jadi mak tiri boleh hantaq resume pada Ceo @jebatjayden,” luahnya lagi.

IKLAN

“Mintak Maaf Kalau Baba Belum Cukup Baik Buat Kamu…,” – Jebat Jayden Dah 3 Tahun, Nukilan ‘Special’ Sharnaaz Ahmad Bikin Ramai Tersentuh

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh membaca nukilan tersebut selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Jebat dan juga Sharnaaz.

“Happy birthday Mamu and Jebat Jayden.

IKLAN

“Allahuakbar, semoga Allah pelihara, sayang dan peluk dengan penuh rahmat. Semoga Jebat menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Semoga baba terus handsome dan dirahmati Allah selalu.

“Sedih pula baca. I respect you for showing so much love to Jebat. Happy birthday to you and boy,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Mintak Maaf Kalau Baba Belum Cukup Baik Buat Kamu…,” – Jebat Jayden Dah 3 Tahun, Nukilan ‘Special’ Sharnaaz Ahmad Bikin Ramai Tersentuh “Mintak Maaf Kalau Baba Belum Cukup Baik Buat Kamu…,” – Jebat Jayden Dah 3 Tahun, Nukilan ‘Special’ Sharnaaz Ahmad Bikin Ramai Tersentuh

Sekadar informasi, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama, Noor Nabila pada tanggal 13 Mac 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang lahir pada tanggal 30 Ogos 2018.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI