Pengacara, Fedtri Yahya berharap agar semua pihak dapat memanjatkan doa buat penyanyi, Fazli Zainal yang kini sedang menerima rawatan di hospital selepas dijangkiti wabak Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, Fedtri turut dilihat telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama penyanyi berkenaan.

Menerusi berbualan tersebut, Fazli memaklumkan dirinya kini berada di dalam keadaan yang sangat lemah selain masih lagi memerlukan sokongan daripada alat bantuan pernafasan.

“Nak Pergi Tandas Pun Siksa Macam Panjat Gunung, Tak Cukup Oxygen,” – Fazli Zainal ‘Update’ Kesihatan Terkini, Fedtri Yahya Pohon Doa

Katanya lagi, pihak doktor juga sedang memantau keadaan darahnya kerana bimbang seandainya terdapat virus atau bakteria yang masih ‘melekat’ dalam badan.

“Salam, doktor ambil darah banyak kali. Badan aku lemau dah beb. Diorang takut ada lagi virus, bekteria atau inflammation dalam darah aku sebab sampai sekarang aku masih perlukan bantuan pernafasan lagi.

IKLAN

“Nak pergi tandas pun seksa macam nak panjat gunung tak cukup oxygen. Sepatutnya, esok lusa aku dah okay tapi itulah lain orang lain komplikasinya.

“Memang aku susah nak tanggal oxygen macam ni,” kongsi Fazli menerusi aplikasi Whatsapp.

Perkembangan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

“Nak Pergi Tandas Pun Siksa Macam Panjat Gunung, Tak Cukup Oxygen,” – Fazli Zainal ‘Update’ Kesihatan Terkini, Fedtri Yahya Pohon Doa

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi lagu Harapan ini turut memberitahu, dia berkemungkinan besar terpaksa menunggu beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar daripada hospital.

“Nak Pergi Tandas Pun Siksa Macam Panjat Gunung, Tak Cukup Oxygen,” – Fazli Zainal ‘Update’ Kesihatan Terkini, Fedtri Yahya Pohon Doa

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pula, netizen turut menzahirkan rasa seterusnya menitipkan doa semoga Fazli kembali sihat seperti sedia kala.

IKLAN

“Moga terus diberikan kesihatan yg baik buat abg Fazli Zainal.

“Semoga dipermudahkan urusan dan cpt sembuh @Fazli_Zainal. Keep strong! Allah never burden the soul if he could not beared.

“Ya Allah.. Kau angkat wabak Covid-19 ni. Amin YRA. Semoga Abang Fazli Zainal cepat sihat seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Fazli difahamkan telah membuat ujian saringan pada Jumaat sebelum dimasukkan ke hospital pada Ahad.

Kadar oxygennya juga telah menurun ke tahap 75% dan memerlukan pemantauan pihak hospital.

Sumber: Twitter Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI