MH percaya mesti ramai dah tonton filem terbaru Marvel, Black Panther kan? Uniknya filem kali ini apabila hampir kesemua pelakon adalah merupakan orang kulit hitam dan juga ia turut mengangkat kaum wanita.

Mungkin bangga apabila akhirnya ada filem yang mengangkat populasi kaum dan gender yang selama ini sering dipandang rendah oleh masyarakat khususnya di Amerika Syarikat, Bekas Wanita Pertamanya, Michelle Obama memberikan kata pujian mengenai filem tersebut.

“Tahniah kepada keseluruhan ‘Team Black Panther’. Kerana kamu, orang muda dapat lihat watak adiwira yang kelihatan seperti mereka di layar perak.

“Saya sangat sukakan filem ini dan tahu bahawa ia akan memberikan inspirasi kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk mendapat keberanian menjadi hero versi mereka sendiri,” tulisnya.

MH turut difahamkan bahawa Black Panther diiktiraf sebagai filem Marvel terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini apatah lagi mengangkat budaya kaum Afrika yang sangat jarang dapat dilihat di dalam filem Hollywood.

IKLAN

Michelle Obama Beri Pujian Pada Filem Black Panther Tapi Kena Hentam Dengan Netizen?

Bagaimanapun, perkongsian Michelle tersebut mendapat kecaman orang ramai yang mendakwa bahawa dia bersikap rasis dan ‘tak buat homework’ semasa menulis ‘tweet’ tersebut.

Ada yang mengaitkan bahawa sudah ada watak adiwira versi ‘kulit hitam’ sebelum ini seperti ‘Blade’ dan ‘Hancock’. Malah di dalam Marvel sendiri ada watak hero berkulit hitam.

IKLAN

Michelle Obama Beri Pujian Pada Filem Black Panther Tapi Kena Hentam Dengan Netizen?

Michelle Obama Beri Pujian Pada Filem Black Panther Tapi Kena Hentam Dengan Netizen?

IKLAN

Michelle Obama Beri Pujian Pada Filem Black Panther Tapi Kena Hentam Dengan Netizen?

Alahai, diskriminasi warna kulit di AS bukanlah sesuatu yang baru. Namun pada MH apa yang Michelle cuba sampaikan adalah mengenai keseluruhan filem tersebut yang menggunakan pelakon dan tenaga produksi yang bersesuaian dengan mesej iaitu ‘African’.

MH percaya, netizen salah anggap dengan maksud sebenar Michelle itu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI