Setiap yang hidup pasti akan mati dan itu adalah janji ALLAH SWT yang manusia tidak akan sesekali dapat lari darinya.

Ajal tidak pernah mengenal usia. Ada yang dijemput pulang ke rahmatullah di usia yang masih muda namun ada juga yang dijemput ketika badan sudah dimamah usia.

Sepanjang tahun 2017, kita telah kehilangan ramai selebriti yang pernah mewarnai industri seni di negara ini.

Mari kita recap semula antara selebriti yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

1. Osman Zailani

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

Pelakon veteran yang telah mewarnai industri seni di Singapura dan Malaysia, Osman Zailani telah menghembuskan nafasnya yang terakhir Julai lalu pada usia 85 tahun.

IKLAN

2. Pak Jabit

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

Pak Jabit atau nama sebenarnya, Man Kadir Shamsi telah pergi buat selama-lamanya pada 7 September lalu kira-kira jam 7.10 pagi. Bagi yang kurang mengenali siapa pelakon ini, arwah merupakan seorang pelakon terkenal menerusi filem-filem komedi arahan Mamat Khalid dan di antara filem yang pernah diterajuinya adalah seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

3. Nozie Nani

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

IKLAN

Bintang seni, Nozie Nani merupakan seorang pelakon veteran yang popular pada era 70an dan arwah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Oktober lalu kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Batu Pahat, Johor. Arwah telah mengalami komplikasi dari pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung dab kanser rahim tahap pertama.

4. Jimmy Samudera

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan nama Jimmy merupakan pemain bass bagi kumpulan Samudera. Arwah telah meninggal dunia pada November lalu di Batu Pahat, Johor. Salah seorang daripada ahli kumpulan iaitu Jep cuba untuk mengejutkan arwah dari tidur namun dia mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri.

IKLAN

5. Latiff Borgiba

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

Di usia 80 tahun, pelakon veteran, Latiff Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T. K. Gomu Kakak telah pergi buat selama-lamanya akibat sakit tua. Arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 Disember yang lalu di kediamannya.

6. Raja Noor Saadah

#MHRECAP: 6 Bintang Seni Negara Meninggal Dunia Tahun 2017

Bekas penyanyi popular pada era 80an, Raja Noor Saadah Salehudin telah pergi buat selama-lamanya pada 20 Disember yang lalu. Arwah meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air dan kejadian itu berlaki di rumahnya. Arwah juga merupakan seoranv usahawan kosmetim dan juga bekas isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI