Nama dua pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura sering mendapat perhatian ramai sejak mereka bergandingan sebagai hero dan heroin dalam sebuah drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Sejak dari itu peminat kepada kedua-dua pelakon dan penyanyi popular ini telah mewujudkan hashtag #Fattzura dan ramai yang membuat spekulasi katanya mereka ini sedang bercinta.

Mana tidaknya lepas satu-satu kejutan dibuat oleh Fattah dan Fazura, saling berbalas bunga mawar pada hari jadi dan yang terbaru timbul pula kontroversi mereka sudah bernikah sebelum berangkat ke tanah suci untuk menjalankan ibadah umrah.

Namun begitu Fattah dan Fazura sempat memberitahu kepada semua bahawa pada 23 November iaitu hari ini mereka akan membuat satu sidang media tetapi tidak pula mereka memberitahu apakah tujuan sidang media itu diadakan.

Semalam telah terjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya kepada ramai pihak terutamanya peminat kedua-dua pelakon ini.

IKLAN

#MHBreakfirst: [EKSKLUSIF] Isu Lambat Buat Pengumuman, Fattah Beri Penjelasan

Fattah di dalam sidang media yang berlangsung malam tadi telah mengumumkan pada tarikh 13 November yang lalu dia dan keluarganya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang ke rumah keluarga Fazura.

“Pada 13 haribulan November keluarga saya telah menghantar rombongan untuk merisik dan seterusnya rombongan bertunang ke rumah keluarga Fazura.

 

“Alhamdulillah perjalanan majlis merisik dan bertunang itu telah selamat dijalankan.

 

“Terima kasih kepada semua rakan media, peminat-peminat kami yang mendoakan,”kata Fattah pada sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu Fattah turut menjelaskan mengapa mereka memilh tarik 23 November ini sebagai tarikh pengumuman status perhubungan mereka yang menjadi tanda tanya.

IKLAN

#MHBreakfirst: [EKSKLUSIF] Isu Lambat Buat Pengumuman, Fattah Beri Penjelasan

Kata bekas Hero Remaja 2011/2012 ini, sebab mengapa mereka tidak mahu berkongsi tarikh 13 haribulan itu kerana keluarga mereka bersepakat untuk berkongsi tarikh keramat itu selepas mereka pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

IKLAN

“Itu adalah permintaan keluarga kami, dan juga kami mahu fokus untuk ibadah umrah dan Alhamdulillah ibadah kami juga berjalan dengan lancar.

 

“Kami memang berniat untuk membuat pengumuman selepas kami balik dari umrah dan hari ini merupakan hari yang sesuai untuk kami berkongsi tentang pertunangan kami.

Menjawab spekulasi yang mendakwa mereka telah bernikah, Fattah menegaskan mereka tidak bernikah di Mekah dan mereka belum bernikah.

Menurut Fattah lagi dia dan Fazura kini sedang merancang untuk melalui proses pernikahan seperti orang lain.

Apapun tahniah MH ucapkan buat Fattah dan Fazura yang kini sudah selamat bertuang dan diharapkan segala perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar.

Foto: Izari Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI