1. Mufti Wilayah Persekutuan Nasihat dan Ajak Iqram Berjumpa.

#MHBreakfirst: Apabila Senior Berbicara, 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Semalam Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada membuat satu surat terbuka untuk menasihati pelakon yang menimbulkan pelbagai kontroversi dua tiga hari yang lalu.

Menurut kenyataannya yang dimuat naik melalui Facebook, Mufti menasihati Iqram untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan zikir jika sedang bersedih.

Selain itu, Zulkifli turut memuji tindakan Iqram yang turut membuat live video sambil berzikir.

Malah, mufti juga menjemput Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

BACA : 

Mufti Wilayah Persekutuan Beri Surat Terbuka & Ajak Iqram Dinzly Berjumpa!

2.Sedih, Den Wahab dan Aziz M Osman Ditipu Individu Tidak Bertanggungjawab di Korea!

#MHBreakfirst: Apabila Senior Berbicara, 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Perasaan teruja dan gembira dapat bercuti ke negara orang bersama keluarga tercinta akhirnya lenyap begitu sahaja apabila pelakon popular, Den Wahab dan pengarah terkenal, Aziz M Osman terkandas di Korea Selatan kerana didakwa telah menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan.

IKLAN

Den Wahab menerusi satu sumber memberitahu dia serta 22 ahli keluarga serta rombongan di sana telah ditipu oleh individu tersebut sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000.

Kata Den Wahab, mereka tiba di negara itu pada hari Ahad yang lalu dan pada mulanya semua berjalan lancar sehinggalah semalam mereka diminta untuk mengosongkan bilik di tempat mereka menginap kerana pihak agensi di Korea, Arba Travel & Tours tidak menerima sebarang bayaran daripada individu yang didakwa menipu itu.

Tambah pelakon ini lagi, individu tersebut juga dikatakan pernah menipu orang lain sebelum ini dan salah seorang mangsanya adalah pelakon popular, Datuk Rosyam Nor.

SELANJUTNYA: 

Menakutkan, Den Wahab Dan Aziz M Osman Ditipu Individu Menyamar Wakil Agensi Pelancongan!

3. “Niat Nak Sedut Lemak Tu Ada, Tapi…” – Ifa Raziah

#MHBreakfirst: Apabila Senior Berbicara, 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

IKLAN

Selebriti versatil, Ifa Raziah menafikan dirinya menjalani prosedur sedut lemak demi kelihatan lebih lansing menawan. Katanya, berat badan yang kian susut bukanlah disebabkan oleh sedut lemak, tetapi kerana mengamalkan diet seimbang.

Bagaimanapun, selebriti yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser itu mengakui pernah ada niat untuk melakukan prosedur berkenaan.

Kongsinya lagi, dia sedia maklum pasti ramai yang tidak percaya kerana pastinya, ada segelintir yang mahukan pengakuan berani dari Ifa.

Bagaimanapun Ifa tetap dengan jawapannya itu dan memberitahu kini dia sangat menitik berat soal kesihatannya.

BACA:

“Niat Nak Sedut Lemak Tu Ada, Tapi…” – Ifa Raziah

IKLAN

4. Boikot Syafiey Ilias, Dr Syahr Musafir Tidak Menyokong LGBT Atau ‘Manusia Jadian’

#MHBreakfirst: Apabila Senior Berbicara, 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Jika tadi Iqram diberi surat terbuka oleh Mufti Wilayah Persekutuan, berbeza sedikit dengan kisah Safiey Ilias.

Nampaknya, sejak nekad untuk kembali berpakaian ala perempuan, Safiey terpaksa berdepan dengan pelbagai tomohan daripada netizen.

Oleh kerana pernah mengeluarkan statmen “adatlah iman turun naik” dan langsung tidak segan untuk mengaku dirinya adalah lelaki dan mahu berpakaian sebegitu semula ramai yang tersinggung dengan kata-kata jutawan muda itu.

Melihat tidak sensitif dengan kata-kata, salah seorang pensyarahUniversiti Sains Malaysia, pakar motivasi dan penulis, Dr Syahr Musafir meluahkan rasa kekecewaanya di Facebook.

Malah, Syahr turut memperingatkan tentang hukum perkahwinan dan meminta orang ramai menitik beratkan isu ini.

SELANJUTNYA: 

http://www.mediahiburan.my/safiey-ilias-kembali-berpakaian-ala-perempuan-dr-syahr-musafir-minta-boikot-orang-jadian/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI