
“Memang saya tak pernah buat proses atau apa-apa yang berkaitan dengan sedut lemak. Niat nak sedut lemak itu ada. Tapi bila kenangkan proses tersebut pasti akan menyakitkan, jadi rasanya tak perlulah buat. Lebih baik saya lakukan inisiatif sendiri untuk mengambil diet dan makanan seimbang. Apa pun, pandangan setiap individu berbeza,” katanya kepada MH sejurus pelancaran Mood Republik KL YES Fest baru-baru ini.

“Tapi nawaitu nak sedut lemak tu ada…Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan? Selagi saya bercakap benda betul, orang tak percaya. Kenapa? Nak kena keluar isu sensasi dan panas dari mulut Ifa Raziah baru puas hati ke?,” seloroh Ifa yang menambah pada fasa sekarang, dia cukup menitik berat soal kesihatan.
“Mungkin sebab sebelum ini saya sudah beberapa kali saya ditahan di wad menyebabkan kini saya trauma dan mahu menjaga tahap kesihatan. Sebelum ini kita main makan, tanpa kawalan. Jadi lebih baik andai saya lakukan apa yang baik untuk diri sendiri,” akuinya lagi.
Terdahulu, KL YES Fest yang berlangsung pada 22 hingga 24 Disember lalu dilihat sebagai pemangkin kepada semarak jualan booth-booth kelolaan Mood Republik tahun hapadan.
Pelbagai sajian menarik telah disajikan buat pembeli tempoh hari seperti tutorial solekan dan perkongsian tips kejayaan dari usahawan terkenal seperti Datuk Seri Vida. Sementara Ifa pula bertindak sebagai pengacara untuk program berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Ifa kini turut berjinak-jinak dalam dunia bisnes apabila memperkenalkan produk kosmetik dan kecantikan Diva’s Secret yang terdiri daripada pencuci muka, face mist, dua pilihan bulu mata dan gincu jenis matte yang didatangkan dalam lapan pilihan warna. Moga diva Ifa terus sukses!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI