Perasaan teruja dan gembira dapat bercuti ke negara orang bersama keluarga tercinta akhirnya lenyap begitu sahaja apabila pelakon popular, Den Wahab dan pengarah terkenal, Aziz M Osman terkandas di Korea Selatan kerana didakwa telah menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai wakil agensi pelancongan.

Den Wahab menerusi satu sumber memberitahu dia serta 22 ahli keluarga serta rombongan di sana telah ditipu oleh individu tersebut sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian lebih RM50,000.

“Saya baharu mengetahui daripada isteri Aziz, Lily Lokman yang turut sama bersama kami ke Korea bahawa rombongan kami ditipu oleh seorang individu, yang menyamar mempunyai agensi pelancongan dan menawarkan pakej pelancongan untuk ke Korea Selatan,” katanya kepada BH Online.

Menakutkan, Den Wahab Dan Aziz M Osman Ditipu Individu Menyamar Wakil Agensi Pelancongan!

IKLAN

Kata Den Wahab, mereka tiba di negara itu pada hari Ahad yang lalu dan pada mulanya semua berjalan lancar sehinggalah semalam mereka diminta untuk mengosongkan bilik di tempat mereka menginap kerana pihak agensi di Korea, Arba Travel & Tours tidak menerima sebarang bayaran daripada individu yang didakwa menipu itu.

Tambah pelakon ini lagi, individu tersebut juga dikatakan pernah menipu orang lain sebelum ini dan salah seorang mangsanya adalah pelakon popular, Datuk Rosyam Nor.

IKLAN

Menurut sumber lagi, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tour, Ammar Shahrin berkata, individu terbabit telah dikesan menipu oleh pihak mereka setelah tiada bayaran yang diterima setelah tiga hari rombongan itu tiba di Korea.

“Kami terpaksa menampung kos keseluruhan rombongan itu sehinggalah mereka pulang pada Khamis ini.

 

“Kami menegaskan bahawa ini adalah kali pertama syarikat berurusan dengan individu terbabit dan kami tidak pernah melantik dia sebagai wakil agensi kami,” katanya.

MH turut bersimpati kepada Den Wahab dan Aziz M Osman sekeluarga serta ahli rombongan yang lain kerana menjadi mangsa penipuan.

IKLAN

Sekarang ini berbagai cara digunakan untuk menipu orang ramai. Buat anda di luar sana diharap perkara yang terjadi ini membuatkan kita lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI