Nampaknya kes perangai pelik Iqram Dinzly di Instagram melalui Live Video menjadi perbualan hangat netizen dua tiga hari yang lepas.

Walaubagaimanapun isu menjadi reda sedikit apabila ramai yang tidak mahu menambah beban pada pelakon ini yang dikatakan mengalami kemurungan kemungkinan atas beberapa faktor.

Namun baru-baru ini beberapa jam yang lalu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ada membuat satu surat terbuka untuk menasihati pelakon ini.

Menurut kenyataannya yang dimuat naik melalui Facebook berkata dia sangat menasihati Iqram untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan zikir.

IKLAN

Selain itu, Zulkifli turut memuji tindakan Iqram yang turut membuat live video sambil berzikir.

Malah, mufti juga menjemput Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya.

IKLAN

IKLAN

“Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.

 

Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said.

 

Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini.

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi.

 

Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar.

 

Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara.

 

Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.

 

Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir.

 

Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang.

 

Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara.

 

Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri

 

Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin.” tulisnya dengan begitu teliti.

Apapun MH harap Iqram dapat meluangkan sedikit waktu untuk berjumpa dengan Mufti dan berbincang apa yang perlu.

Mudah-mudahan semua ini dapat jalan penyelesaian.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI