1.Peminat Fattah Amin Buat Video Klip Lagu Pertama Kali, Sedih Tahap Potong Bawang!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Aduhhhh sedih pula kami tengok ‘video klip’ Pertama Kali nyanyian Shaa yang sedang popular di Facebook ni.

Pada mulanya kami benar-benar ingat ini adalah video klip official untuk lagu ini. Rupa-rupanya video ini merupakan hasil karya peminat setia Fattah yang ‘pasrah’ dengan berita pernikahan Fattah dan Fazura baru-baru ini.

Hmmmm, kami sendiri tidak tahu siapa punya karya, tetapi apa yang kami boleh katakana memang kreatif sungguh siapa yang buat video klip ini.

Bayangkanlah, video ini sebenarnya merupakan hasil gabungan scene-scene drama yang pernah dilakonkan oleh Fattah sendiri sehingga terhasil satu jalan cerita yang cukup mendalam dan Min percaya ramai juga boleh relate dengan jalan cerita video ini.

Okay jangan buang masa, jom tengok video ni sendiri. Tapi sebelum tu sediakan dahulu tisu ya, sebab Min dengar ramai ‘tumpah air mata’ bila tengok video ni.

So enjoyyyy….

MenyentuUuhhh???Enakkk Bangeeettt denger'a?

Posted by Yuli Ajja on Thursday, 17 August 2017

 

IKLAN

2.Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Pematah Hati!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Aduhhh buat suspen sahaja! Rupanya kisah percintaan Nabila Razali rupanya hanya sekadar lakonan.

MH difahamkan semua ini hanya gimik untuk promosi video klip terbaru Pematah Hati.
Seriously apa yang MH boleh cakap promosi dan gimik mereka sangat menjadi! Sehinggakan ramai yang percaya dan fikirkan benda ini benar-benar terjadi.

Walaupun ramai yang rasa seperti dipermainkan dan tertipu dengan lakonan mereka, namun semua tetap memuji dan bangga dengan hasil video klip yang dilakukan.

GOOD JOB!

IKLAN

Okay so semua boleh tarik nafas lega, akhirnya persoalan mengapa Aedy Ashraf ‘bersama’ Nabila terjawab dengan jelas.

3. Shuib Buat Orang Terkejut Dengan Dua Berita

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Terkejut dan seperti tidak percaya apa yang kami lihat. Nampaknya penyanyi dan isteri kepada pelawak, Siti Sarah yang terkenal dengan sikapnya yang ceria tiba-tiba terlantar di hospital.

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh suaminya Shuib Speahtu di dalam akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam masa yang sama, Shuib turut memuat naik sebuh video ucapan terakhir bersama Sepahtu Sinar kerana setelah 2 tahun ke udara akhirnya Shuib membuat keputusan untuk mengundur diri atas sebab-sebab tertentu.

Apapun MH doakan yang terbaik untuk Shuib.

4.Berat Badan Nora Danish Naik 10kg Sejak Hamil

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam

Tak lama lagi pelakon cantik, Nora Danish bakal menimang cahaya matanya yang kedua.
Setiap wanita hamil pasti pernah melalui pelbagai simtom kehamilan dan begitu jugalah yang dilalui oleh Nora.

Baru-baru ini MH sempat meninjau Instagram milik Nora untuk mengikuti perkembangan dirinya dan MH tertarik kepada salah satu posting Nora yang menunjukkan baby bumpnya sudah semakin membesar.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Nora pada posting tersebut, dia mengakui kehamilannya kali ini sedikit berbeza dengan pengalamannya sebelum ini dan berat badannya juga bertambah sebanyak 10 kilogram sejak kehamilannya.

Hmm bagi kami walaupun naik berapa kilo yang paling penting Nora dan bayi dalam kandungan sihat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI