1. Elfira Belanja Barang Make Up Hampir RM10,000.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam, Buat Korang ‘Jaw Drop’!

Gara-gara tidak dapat menahan godaan membeli belah, Elfira Loy ‘terbelanja’ sehingga mencecah RM 10,000.

Melalui sebuah video di Youtube, Elfira memberitahu dia telah ke sebuah kedai barangan make up dan kecantikan yang terletak di Los Angelas.

Menurut Elfira, dirinya telah menghabiskan masa selama 1 jam di dalam kedai tersebut dan membeli pelbagai jenama dan jenis make up.

Dalam masa yang sama, Elfira turut mengeluarkan resit pembeliannya dan memberitahu sambil ketawa telah berbelanja hampir RM 10,000 tanpa disedari.

SELANJUTNYA:

[VIDEO] Perghhh! Elfira Loy Beli Barang Make Up Sampai Hampir RM10,000!

 

2. Aliff Syukri Jawab Kenapa Isteri Tak Ikut Ke Spain, Kerana Hamil 3 Bulan!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam, Buat Korang ‘Jaw Drop’!

IKLAN

Sidang media lagu Abang Nak Tegur bersama Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida, Nur Sajat dan KRU Muzik telah pun dilangsungkan di Flora Terrace at Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Selain berkongsi mengenai single sulungnya, pengasas produk d’Herbs itu turut mengumumkan isterinya, Shahida sedang hamil. Oleh sebab itulah, Shahida tidak dapat ikut serta untuk ke Spain baru-baru ini bagi sesi penggambaran muzik video Abang Nak Tegur.

SELANJUTNYA:

Aliff Syukri Umum Isteri Hamil 3 Bulan Di Majlis Sidang Media Abang Nak Tegur

 

3. Anak Farah Lee Baru Usia 3 Tahun Dah Jadi Mangsa ‘ Ustazah Online’?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam, Buat Korang ‘Jaw Drop’!

IKLAN

MH terkejut apabila terbaca bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee dikecam kerana tidak memakai pakaian mengikut syariat Islam.

Bukan ibunya dikecam, tetapi anaknya yang baru berusia tiga tahun turut menjadi mangsa kelancangan netizen berkata. Eh kenapa pulak?

Dalam masa sama, Farah juga akui terkejut apabila anaknya, Maream Esabel yang masih kecil untuk dihakimi dari cara berpakaian.

Farah mendapat kecaman selepas memuat naik gambar anaknya memakai skirt pendek dan tshirt.

Bagaimanapun, Farah telah memberi penjelasan selepas dikecam netizen menerusi entri terbarunya di Instagram.

IKLAN

SELANJUTNYA :

Farah Lee Dikecam Tak Pakaikan Anak Ikut Syariat?

4. Saharul Ridzwan Teruja Dalam Banyak-Banyak Perkataan Anak Belajar Sebut “Allah” Dahulu.

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Semalam, Buat Korang ‘Jaw Drop’!

Anak adalah sumber kebahagiaan setiap pasangan suami dan isteri. Pastinya semua ibu dan bapa akan rasa teruja dengan perkataan pertama yang disebut oleh anak-anak mereka.

Begitu juga dengan pelakon lelaki popular, Saharul Ridzwan yang berkongsi rasa teruja dan syukur kerana perkataan pertama yang disebut oleh anaknya, Muhammad Luth Ali adalah ‘ALLAH’.

Menurut Saharul di kapsyennya, dia berkata semasa isterinya sedang hamil anak sulungnya ini dia pernah berdoa supaya perkataan pertama yang akan disebut adalah ‘ALLAH’.

SELANJUTNYA:

http://www.mediahiburan.my/anak-sebut-allah-saharul-ridzwan-kongsi-rasa-teruja-dan-syukur/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI