Anak Sebut ‘ALLAH’, Saharul Ridzwan Kongsi Rasa Teruja Dan Syukur

Anak adalah sumber kebahagiaan setiap pasangan suami dan isteri. Pastinya semua ibu dan bapa akan rasa teruja dengan perkataan pertama yang disebut oleh anak-anak mereka.

Begitu juga dengan pelakon lelaki popular, Saharul Ridzwan yang berkongsi rasa teruja dan syukur kerana perkataan pertama yang disebut oleh anaknya, Muhammad Luth Ali adalah ‘ALLAH’.

Menurut Saharul di kapsyennya, dia berkata semasa isterinya sedang hamil anak sulungnya ini dia pernah berdoa supaya perkataan pertama yang akan disebut adalah ‘ALLAH’.

“Tadi baru je azan asar, tiba2 Ali diam je dengar azan. Wife saya saja record, Sy rasa Ali cakap ‘Allah’. ?. Sy pernah doa waktu wife sy pregnant, mintak2 perkataan pertama yang Ali sebut adalah Allah. Alhamdulillah. #6bulandah ❤❤❤❤,” tulis Saharul.

MH sendiri teruja melihat anak kecil ini menyebut ‘ALLAH’ dan apabila azan berkumandang kelihatan Ali begitu khusyuk mendengarnya.

IKLAN

Bukan sahaja kami, malah peminat dan pengikut Saharul sendiri turut melahirkan rasa yang sama di ruang komen.

amy.7878: Lagi satu pkataan yg ali sebut allah.darn huakbar.kalo dgr dgn betul huakbar pun disebut.sejuk perut ibu.moga ali menjadi ank soleh

zyza_jija: Semoga ali menjadi anak yang baik hormat ibu bapa orang yg lbih tua dri ali..n dilindungi allah selalu..anak kecil 6bulan mnyebut perkataan allah…màsyallahh…

IKLAN

missmelly2579: Pandai sebut aallah.aminn sejuk perot isteri sahrul mengdungkn bby ni.semoga jdi ank yg soleh 1 hri nti .aaminn inshaallah

Geram betul MH tengok melihat kecomelan Ali ini. Semoga Ali membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk kedua-dua ibu bapa serta menjadi insan yang berguna kepada masyarakat suatu hari nanti.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan