Gara-gara tidak dapat menahan godaan membeli belah, Elfira Loy ‘terbelanja’ sehingga hampir mencecah RM10,000.

Melalui sebuah video di Youtube, Elfira memberitahu dia telah ke sebuah kedai barangan make up dan kecantikan yang terletak di Los Angelas.

Menurut Elfira, dirinya telah menghabiskan masa selama 1 jam di dalam kedai tersebut dan membeli pelbagai jenama dan jenis make up.

[VIDEO] Perghhh! Elfira Loy Beli Barang Make Up Sampai Hampir RM10,000!

Dalam masa yang sama, Elfira turut mengeluarkan resit pembeliannya dan memberitahu sambil ketawa telah berbelanja hampir RM 10,000 tanpa disedari.

“Tak tahulah kenapa boleh jadi macam ni, tetapi sebabkan dah sampai kaunter tak boleh patah balik, kita terima sahajalah,” jelasnya dengan hati yang reda sambil membaling resit beribu ringgit itu.

Melalui penjelasan Elfira tentang produk-produk tersebut, MH dapati barangan yang dibeli rupa-rupanya ada yang hampir RM700, no wonder semua barangan yang dibeli mencecah puluhan ribu ringgit!

IKLAN

Antara barangan yang dibelinya ialah seperti eye shadow palette, blusher, countour cream kit dan foundation.

Menurut Elfira sebenarnya barangan itu bukanlah hanya untuk dirinya sahaja. Sebaliknya ada beberapa barangan yang disyorkan orang ramai untuk dapatkan dan ada juga yang dikirim oleh rakan-rakan sendiri.

Agak tercuit apabila Elfira secara tidak sengaja terhancurkan sedikit eye shadow palette yang baru dibelinya itu yang berharga RM690.

IKLAN

[VIDEO] Perghhh! Elfira Loy Beli Barang Make Up Sampai Hampir RM10,000!

Malah Elfira  juga sukar membuat keputusan blusher jenis apa yang lebih baik untuknya, sebagai jalan penyelesaian Elfira beli kedua-duanya sekali tanpa berfikir panjang.

Bukan itu sahaja, Elfira juga sempat berkongsi satu rahsia, Aaisyah Dhia Rana pernah korek barangan make upnya hingga hancur hingga menyebabkan dia terpaksa beli sekali lagi.

IKLAN

Semua ini dikongsikan sendiri oleh Elfira dalam channel Youtubenya, Twinkle TV. Apapun MH seronok pulak tengok Elfira unbox semua barangan-barangan yang dibelinya.

Tak percaya korang tengok sendiri video ini…

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI