1. ‘Astaghfirullahalazim. Belum lagilah’ Remy Ishak Terkejut Dituduh Sudah Bernikah

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Tiada angin tiada rebut tiba-tiba pelakon kacak Remy Ishak telah dituduh berkahwin secara rahsia tanpa pengetahuan orang ramai.

Semua ini terjadi gara-gara tersebarnya satu gambar Remy berpakaian serba lengkap sebagai pengantin lelaki di sebuah majlis.

Melalui mStar Online, Remy terkejut dan memberitahu dia masih belum berkahwin seperti apa yang didakwa.

Malah Remy akui masih belum menetapkan tarikh pernikahan mereka dan berserah pada jodoh.

2. Dituduh Lupa Diri Selepas Jadi Selebriti, Ahli Keluarga Syura Badron Terutamanya Arwah Ayah Dikecam

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Gara-gara dikatakan lupa daratan selepas bergelar selebriti, Syura Badron terpaksa berdepan dengan detik paling memilukan apabila arwah bapanya menjadi bahan kutukan orang di media sosial.

Syura yang sangat terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang telah mereka cerita dan mengecam keluarganya tanpa sebersalah.

Melalui live video di Instagram, Syura telah menjelaskan apa yang terjadi untuk mempertahankan dirinya.

IKLAN

Katanya, dia langsung tidak kisah jika ada individu yang memburukan namanya tetapi apabila ada yang sampai menyentuh tentang ahli keluarganya terutamanya ayah membuatkan dia enggan berdiam diri.

Tambahnya lagi dia agak terpukul dengan dakwaan tersebut dan meminta maaf andai ada tersalah silap. Dalam masa yang sama, Syura mendoakan agar hati individu yang menyebarkan cerita palsu itu dilembutkan.

3. Anak Dihina Rakan Selebriti Sendiri, Ifa Raziah Luah Rasa Kesal Di Instagram

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

Nampaknya sejak MH melakukan live video bersama Ifa Raziah baru-baru ini macam-macam info yang kami dapat.

Terbaru, melalui akaun Instagram milik Ifa sendiri ada bercerita tentang ketidakpuasan hatinya terhadap seorang rakan yang dipercayai selebriti juga sepertinya.

IKLAN

Walaupun tidak menyebut nama dan hanya menggunakan initial sahaja, tetapi MH pasti ramai dapat mengagak siapakah individu yang dimaksudkan.

Ifa memberitahu dia dan suaminya sudah lali dan masak sangat dengan sikap individu terbabit kerana pernah tinggal serumah dan kenal sudah lama.

Namun Ifa sangat terkilan bagaimana seseorang yang pernah dianggap sebagai sahabat tergamak menghina keluarganya terutama mengelarkan anaknya seperti ‘pondan’.

Suami saya sangat mengenali perangai RS. Sudah biasa dengan gurauan kasar dan ‘ayat2 pondan’ RS. Pernah duduk satu rumah dengan RS. Jadi beliau tidak terkejut dengan apa yg RS lakukan. Cuma suami rasa terkilan, dan mempersoalkan, tidakkah RS mengenangkan wajah suami saya dan anak2 saya ketika mengeluarkan kata2 tersebut? Suami saya kenal RS sejak dia mula ingin menapak di Malaysia. RS pula mengenali anak2 saya, kakak sejak umur 2 tahun. Dan Aqili sejak dilahirkan…sejak baby. Tergamak dia mengatakan ‘Aqili pun dah macam pondan aku tengok!’, dan ‘Aku doakan Aqili jadi pondan bila besar nanti’…itulah kata2 yang lebih berbisa dari tuduhan yang dilemparkan pada saya. Aqili dan kakak sangat terkilan dan sangat sedih dengan tindakan RS yang mereka kenal dan hormat sejak lahir. Tindakan RS sedikit pun tidak menggoncang rumah tangga kami & kami menjadi lebih rapat menghadapi segala dugaan dan kata nista yang dilemparkan oleh RS. Memang betul kata RS, saya dikelilingi oleh golongan lembut, pondan, bapuk atau maknyah, tetapi saya hormat dan sayang mereka semua. Bagi saya merekalah yang banyak membantu saya dlm segala bidang. Merekalah golongan yang sangat kreatif dan sangat professional dalam industri ini. Saya berkawan dengan ramai ‘golongan lembut’ dan mereka sangat berjaya dalam kehidupan mereka, saya kagum dan tidak pernah memperkecilkan mereka. Cuma pondan yg tidak berjaya ialah RS. Jadi apa motif RS yg mengatakan saya menghina golongan ini? Saya sendiri digelarkan ‘Mak Hayam Besar’ oleh golongan ini, dan bagi saya itu adalah satu penghormatan dan saya terima gelaran tersebut dengan hati yang terbuka. Untuk pengetahuan semua, RS sendiri mempromosikan ‘bedak’ jualannya dgn ayat ‘boleh digunakan oleh semua golongan…lelaki, perempuan, pondan, bapuk, pengkid dan tomboy’. Itu ayat yg dikeluarkan oleh RS ( ada video yg boleh membuktikan perkara ini ) Jadi salahkah saya menggelarkan dia ‘Bapuk Tua’??? Memang RS mengaku dia adalah seorang Bapuk ( juga ada video yang membuktikan perkara ini ), dan memang dia dah Tua. Jadi fitnahkah apa yang saya katakan?

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

4. Aliff Aziz Semakin Sado, Netizen Puji!

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Terjadi Malam Tadi…

IKLAN

Nampaknya peluang kedua yang dirasai oleh Aliff Aziz setelah dibelenggu dengan kemelut rumah tangga telah dilakukan dengan sehabis baik dan tidak disia-siakan oleh pelakon muda ini.

Terdahulu jika Aliff sering dilabelkan sebagai seorang lelaki kurus, kali ini Aliff tampil berbeza dengan badan yang lebih sihat dan fit!

Aliff yang kini sering menghabiskan masa di gym sering berkongsi perkembangan dan update terkininya di Instagram.

Gaya hidup Aliff yang kini semakin sihat dan berubah mendapat pujian ramai. Malah, ada juga yang mula menjadikannya sebagai idola.

Malah, Aliff ada memberitahu salah satu azam tahun barunya ialah untuk menambah baik kesihatan dan fizikalnya.

Apapun MH doakan agar Aliff sentiasa dalam keadaan yang baik dan hati-hati apabila melakukan senaman jangan terlalu mengerah tenaga hingga sakit pula ya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI