1. Suami Sharifah Sakinah Dituduh Dayus & Jual Bini?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang!

Hanya kerana satu babak yang dilakonkan oleh pelakon popular, Sharifah Sakinah dan Aiman Hakim Ridza memperlihatkan adegan peluk, suami kepada Sakinah turut menjadi mangsa kecaman netizen.

Terdapat seorang netizen telah memberikan komen yang cukup pedas dengan berkata, suami kepada Sakinah seorang lelaki yang dayus dan menjual isteri kepada lelaki lain.

“Jual lah bini ko… lgpn cara ko bg jantan lain molest bini ko serupa ko jual je.. sbb ko kategori DAYUS XDE MARUAH! Duit dan professionalism besar bg ko@ Bkn tuntutan agama pn..!! Melayu akhir zaman ayat tepat bg insan mcm ko,” tulisnya di ruangan komen,” tulis individu tersebut.

Rentetan dari hal ini, Sakinah tampil bersuara kepada individu tersebut supaya tidak melibatkan suaminya dalam hal ini.

Selanjutnya: Kerana Satu Babak Suami Sharifah Sakinah Di Tuduh Dayus & Jual Bini?

 

2. Abang ipar Mawar Rashid jadi mangsa fake account

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang!

Dunia media sosial kini penuh dengan lambakan akaun palsu atau lebih mudah disebut ‘fake account’.

IKLAN

Semalam MH mendapat berita bahawa individu yang meninggalkan komen pedas terhadap suami pelakon popular, Sharifah Sakinah itu rupanya adalah fake account dan telah menggunakan nama yang hampir sama dengan abang ipar kepada pelakon, Mawar Rashid serta gambar yang digunakan juga adalah gambar abang iparnya dan keluarga.

“Mula-mula saya ternampak Insta Stories Sakinah pasal dia kena bash dengan seorang lelaki , lepas tu bila tengok semula saya terkejut sebab akaun tersebut guna nama hampir sama dengan nama abang ipar.

 
“Lebih memeranjatkan bila tengok gambar akaun itu, kerana dia memakai gambar kakak, abang ipar dan anak mereka.

 
“Setahu saya, abang ipar saya bukanlah sejenis individu yang layan benda-benda media sosial ni. Saya yakin dia memang tidak ada akaun Instagram,” jelas Mawar kepada MH.

Selanjutnya: Akaun ‘Lelaki’ Kecam Suami Sharifah Sakinah Hanya Akaun Fake, Pakai Gambar Abang Ipar Mawar Rasid!

 

3. Buat aksi lucah, Iqram Dinzly beri penjelasan

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang!

IKLAN

Heboh di media sosial semalam tentang tindakan seorang pelakon, Iqram Dinzly yang membuat aksi lucah ketika Live di Instagram.

Pelakon ini menjelaskan bahawa tiada yang pelik dengan tindakannya itu kerana dia hanya memakan epal hijau dan buah-buahan lain di rumahnya.

Malah Iqram berkata supaya netizen tidak menyibuk dengan apa yang dilakukannya kerana mereka bukan tuhan untuk menilai dirinya.

Selanjutnya: Beraksi Lucah Ketika Live Di Instagram, Iqram Dinzly Beri Penjelasan!

IKLAN

 

4. Throwback gambar tidak bertudung, netizen speku Fathia bakal buka tudung?

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Semalam Yang Korang Mungkin Terlepas Pandang!

Sebut sahaja nama pelakon, Fathia Latiff pasti ramai yang sudah tahu pelabagi kontroversi tentang dirinya sejak dari isu video Bigo, politik dan banyak lagi.

Pelakon ini juga kelihatan seperti sudah lalu dengan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya.

Terbaru, Fathia sekali lagi dilemparkan kecaman malah ada segelintir netizen yang membuat spekulasi pelakon ini bakal membuka tudungnya selepas berkongsi gambar throwback tidak bertudung di Instagramnya.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati Fathia sebagai seorang yang sudah berhijab agar tidak memuat naik kembali gambar tidak menutup aurat.

Selanjutnya: Aduh, Kenapa Tiba-tiba #Throwback Gambar Tak Bertudung Tu Fathia?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI