Wow, nampaknya hari ini lelaki yang cuba menegur suami Sharifah Sakinah itu hangat diperkatakan.

Sejak dirinya meninggalkan komen yang agak melampau hingga melabelkan suami Sakinah sebagai ‘dayus’ hanya kerana beberapa sebab, namanya sering menjadi sebutan ramai.

Akaun ‘Lelaki’ Kecam Suami Sharifah Sakinah Hanya Akaun Fake, Pakai Gambar Abang Ipar Mawar Rasid!

MH telah diberitahu rupa-rupanya ‘lelaki’ tersebut hanyalah ‘rekaan’ dan telah mewujudkan akaun fake untuk kegunaan peribadinya.

Lebih terkejut rupa-rupanya gambar yang digunakannya itu adalah gambar kakak dan abang ipar kepada pelakon Mawar Rashid bersama anak mereka .

IKLAN

Mawar yang dihubungi berkata dia sangat terkejut apabila melihat Insta Stories Sakinah dan tidak menyangka ada pihak yang cuba membuka akaun dengan menggunakan nama yang lebih kurang sama dengan suami kepada kakaknya.

“Mula-mula saya ternampak Insta Stories Sakinah pasal dia kena bash dengan seorang lelaki , lepas tu bila tengok semula saya terkejut sebab akaun tersebut guna nama hampir sama dengan nama abang ipar.

 

“Lebih memeranjatkan bila tengok gambar akaun itu, kerana dia memakai gambar kaka, abang ipar dan anak mereka

 

“Setahu saya, abang ipar saya bukanlah sejenis individu yang layan benda-benda media sosial ni. Saya yakin dia memang tidak ada akaun Instagram,” jelas Mawar dengan tegas kepada kami.

Malah, Mawar turut memberitahu kini dia dan kakaknya itu sedang berusaha untuk ‘report’ akaun tersebut kerana ia akan menjejaskan nama dan reputasi mereka sekeluarga.

Akaun ‘Lelaki’ Kecam Suami Sharifah Sakinah Hanya Akaun Fake, Pakai Gambar Abang Ipar Mawar Rasid!

IKLAN

Bagaimanapun Mawar tetap berfikiran positif dan menolak semua ini mungkin tidak ada kena mengena untuk memporak perandakan keluarganya.

IKLAN

“Bagi Mawar mungkin dia tidaklah mempunyai agenda untuk mengenakan kami sekeluarga, tetapi biasalah fake akaun mereka akan guna gambar-gambar orang dengan random.

 

“Tetapi apa yang saya nak semua tahu, tolonglah jangan buat lagi fake-fake akaun seperti ini kerana ia akan memburukan nama orang dan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.

Aduh apa punya manusia yang tidak bertanggungjawablah, sudahlah menegur dengan bahasa yang cukup kasar dan langsung tidak menjaga sensitiviti atau perasaan orang, kemudian ditambah pula dengan perbuatan tidak bermoral mencipta akau fake.

Haishhh macam-macam lah zaman sekarang ni!

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI