Masih ingat dengan isu yang kami siarkan semalam tentang netizen mengecam tindakan Aiman Hakim Ridza yang memeluk Sarifah Sakinah?

BACA :

Adegan ‘Peluk’ Aiman, Sharifah Sakinah Terima Kecaman

Baru-baru ini MH ada ternampak Sakinah berkongsi satu komen daripada seorang netizen yang cuba menegur suaminya, Aliff Adha.

Apa yang MH boleh katakan, teguran tersebut mungkin agak berlebihan lebih lagi ia melibatkan suaminya.

Lelaki tersebut dengan biadapnya meninggalkan komen kononnya suami Sakinah, boleh dikategorikan sebagai dayus tiada maruah kerana membiarkan Sakinah berlakon sebegitu dengan lelaki lain.

IKLAN

Kerana Satu Babak Suami Sharifah Sakinah Di Tuduh Dayus & Jual Bini?

Malah lelaki tersebut turut tag akaun instagram milik suami Sakinah kononnya dengan niat untuk menegur.

“Jual lah bini ko… lgpn cara ko bg jantan lain molest bini ko serupa ko jual je.. sbb ko kategori DAYUS XDE MARUAH! Duit dan professionalism besar bg ko@ Bkn tuntutan agama pn..!! Melayu akhir zaman ayat tepat bg insan mcm ko,” tulisnya di ruangan komen.

Tanpa memanjangkan cerita Aliff hanya membalas “K”sebagai tanda sudah membaca komen ini, namun lelaki tersebut terus menyerang dan membalas meminta Aliff mengaminkan segala doa bukannya hanya menjawab “K” seperti lelaki yang tiada maruah.

IKLAN

Bagaimanapun, Aliff dengan terbuka dan tenang meminta maaf sekirannya dia gagal menjadi seorang suami yang sempurna hingga menyingung beberapa pihak.

Kerana Satu Babak Suami Sharifah Sakinah Di Tuduh Dayus & Jual Bini?

Melihat ketegangan yang berlaku, Sakinah tidak berdiamkan diri. Dia juga ada meninggalkan sedikit kata dua kepada semua orang terutamanya individu yang ‘menasihati’ suaminya di Insta Storienya.

IKLAN

Sakinah meminta untuk orang ramai jangan libatkan suaminya dalam hal kerjayanya sebaliknya jika ada yang tidak puas hati terus salurkan kepadanya kerana itu tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Kerana Satu Babak Suami Sharifah Sakinah Di Tuduh Dayus & Jual Bini?

“Wahai sang self rightoues holier than thou, please don’t involve my husband with your abusive freedom of speech.

 

“If you feel like you need to express your judgement and stress to a stranger, please channel it to me. It’s under my job description,” tulisnya dalam ruangan Insta Stories.

Hmmmm, bagi MH memang benar kata Sakinah. Sekirannya ada yang tidak puas hati lebih baik terus ke Sakinah, jangan libatkan suaminya dalam hal sebegini.

Paling penting, gunalah cara yang betul untuk menegur. Mungkin apa yang ingin disampaikan tu ada point-point yang boleh dipertimbangkan, tetapi hati-hati dengan penggunaan bahasa dan sebagainya. Elok-elok niat nak menegur dah jadi lain pula…

Apapun diharap Sakinah dan suami terus bersabar dengan apa sahaja komen daripada netizen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI