Meski Tanpa Suami Disisi, Bunga Citra Lestari Tetap Ukir Senyuman Di Aidilfitri

Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair.

Menerusi akaun Instagram, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini ada memuat naik beberapa keping foto ketika menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Namun, meski tanpa suami tercinta penyanyi dari negara seberang ini tetap kelihatan senyum kegembiraan di hari raya Aidilfitri.

“When we have each other, we have everything .. Eid Mubarak!,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut menitip ucapan hari raya Aidilfitri kepada Bunga sekeluarga.

IKLAN

Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu di negara ini meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Allahyarham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.

Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Foto: Instagram Bunga Citra Lestari