Peserta Big Stage, Baby Shima tidak menafikan penglibatannya di dalam program hiburan realiti itu sedikit memenatkan kerana pada masa sama, dia turut mempunyai komitmen terhadap sebuah program hiburan lain di Indonesia.

Atas faktor tersebut, penyanyi ini terpaksa ulang-aling dari Malaysia ke Indonesia demi kerjaya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menjadi penghalang buatnya untuk terus bersaing, memberikan yang terbaik menerusi setiap minggu persaingan di dalam pertandingan yang membariskan penyanyi angkatan baru itu.

IKLAN

“Penat itu memanglah. Saya tidak nafikan. Setiap Selasa atau Rabu, saya akan ke Indonesia sebab komitmen program di sana adalah pada Jumaat dan Sabtu. Jadi pagi Ahad itu saya akan pulang ke tanah air seterusnya beri fokus kepada Big Stage pula.

 

“Pada Ahad, memang saya hanya akan praktis sekali sahaja. Pada fasa sekarang, saya tidak boleh fikirkan soal penat kerana bagi saya, peluang itu ada di depan mata. Jadi untuk apa saya lepaskan?,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada sejauh mana dirinya rasa sukar untuk memberikan fokus kepada dua program hiburan berbeza pada suatu masa, bintang ini memberithu;

“Saban minggu saya memang mahu berikan sehabis baik, meski saya sedar diri ini tidaklah sehebat rakan artis lain,” jelasnya merendah diri.

Menerusi saingan minggu ketujuh Ahad ini, Baby Shima akan berduet dengan Haiza mendendangkan lagu asal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ku Mahu.

IKLAN

Foto: Instagram Baby Shima

IKLAN

 

https://www.instagram.com/p/BniR7y4D0Hw/?taken-by=babyshimaofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI