Peminat teater pastinya berasa sedikit kecewa apabila teater muzikal berskala besar, Muzikal Puteri Gunung Ledang terpaksa dibatalkan penganjurannya.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pihak penerbit, Enfiniti Sdn Bhd, dengan berat hati mereka terpaksa mengambil keputusan tersebut selepas meneliti beberapa aspek.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited dalam seni persembahan, kami percaya bahawa ‘the show must go on’.

Meski Berat Hati Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Batal, Penerbit Akan Kembalikan Bayaran Pembelian Tiket

“Namun begitu, dalam masa yang sama, kami tidak mampu menolak ada masanya keadaan sebaliknya akan berlaku.

IKLAN

“Setelah meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa Muzikal Puteri Gunung Ledang yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan,” kata kenyataan media tersebut.

Dalam pada itu, pihak Enfiniti yang amat menghargai sokongan para peminat akan memulangkan semula wang pembelian tiket secara berperingkat kepada mereka yang telah membelinya.

Meski Berat Hati Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Batal, Penerbit Akan Kembalikan Bayaran Pembelian Tiket

IKLAN

“Kepada semua pemegang tiket, kami amat menghargai sokongan dan timbang rasa anda. Berikutan pembatalan ini, kami akan mengembalikan bayaran pembelian tiket secara berperingkat bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.

“Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online.

“Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung,” katanya.

IKLAN

Meski Berat Hati Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang Batal, Penerbit Akan Kembalikan Bayaran Pembelian Tiket

Sebelum ini, Muzikal Puteri Gunung Ledang sepatutnya dipentaskan di Istana Budaya dari 3 Julai hingga 3 Ogos 2020 namun ia ditangguhkan akibat penularan pandemik Covid-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI