Tampil kelainan, penyanyi popular Ayda Jebat kini muncul dengan single raya berjudul Hari Rayayayaya bersama adik-beradiknya.

Mempunyai keluarga yang turut sama mempunyai bakat seni, ia ternyata memudahkan lagi Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat untuk mengajak mereka bergandingan dalam sebuah lagu.

“Lagu raya ini saya cipta sepenuhnya. Pada mulanya, saya mahu menyanyikan lagu ini sendiri, tetapi selepas difikirkan semula, rasa best juga kalau saya berduet dalam lagu ini. Saya terfikir untuk berkolaborasi dengan dua adik saya, Fyna dan Sabira yang mana kami gelarkan sebagai The Jebats.

“Sebelum ini, sewaktu zaman persekolahan, kami bertiga dikenali sebagai kumpulan SASSU. Gandingan ini amat bermakna kerana sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.

“Sebenarnya, susah nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.

“Alhamdulillah, mereka datang ke sini untuk proses rakaman serta penggambaran muzik video (MV). Pengalaman yang diperolehi sangat menyeronokkan dan mereka dapat merasai pengalaman menjadi ‘Ayda Jebat’ apabila terlibat dalam proses rakaman dan penggambaran sehingga ke pagi,” katanya.

IKLAN

Lancar Lagu Raya, Terpanggil Ajak Adik-Beradik Nyanyi Sama – “Mereka Dapat Pengalaman Jadi ‘Ayda Jebat’ Apabila…” Lancar Lagu Raya, Terpanggil Ajak Adik-Beradik Nyanyi Sama – “Mereka Dapat Pengalaman Jadi ‘Ayda Jebat’ Apabila…”

Penyanyi berusia 30 tahun itu juga berkata klip video single Hari Rayayayaya turut menggabungkan elemen Syawal beserta viral dan komedi.

“Konsep MV bertemakan 60-an selari dengan genre single raya ini. Kami masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida serta adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.

IKLAN

“Kami tak nak terlalu tekankan mood raya semata-mata dalam MV ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza. Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single komersil untuk dirakamkan bertiga kelak,” katanya.

Lancar Lagu Raya, Terpanggil Ajak Adik-Beradik Nyanyi Sama – “Mereka Dapat Pengalaman Jadi ‘Ayda Jebat’ Apabila…” Lancar Lagu Raya, Terpanggil Ajak Adik-Beradik Nyanyi Sama – “Mereka Dapat Pengalaman Jadi ‘Ayda Jebat’ Apabila…”

Hari Rayayayaya kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman muzik.

IKLAN

The Jebats ialah projek terbaru XENO Entertainment, yang tidak asing lagi di dalam Industri Muzik Malaysia dan pernah melahirkan artis-artis tanahair seperti Elizabeth Tan, Alyssa Dezek, Fatin Afeefa dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/kwCxDn1XjM4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI