Segalanya dipertontonkan di media sosial, dari soal sukar mendapat zuriat, bagaimana ‘kuah banjir’, anak menangis sehinggalah situasi berpantang bersama isteri kini.

Kata Dr Say Shazril, media sosial adalah medan untuknya berkongsi perjalanan turun naik dalam hidup.

Malah jelas doktor sasa ini, segala yang dimuatkan untuk bacaan adalah sekadar berkongsi pengalaman bersama netizen yang turut sama melalui fasa yang sama.

Media sosial adalah diri saya. Apa yang dikongsi adalah perjalanan turun naik hidup dan tiada kepura-puraan di situ.

IKLAN

“Bila ada masalah, saya akan berkongsi kerana selalunya respon netizen akan membantu dan kami sama-sama berbincang mengenainya,” tuturnya.

Tegasnya lagi, tiada istilah ‘meroyan’ kerana ia hanya sekadar luahan.

IKLAN

Meroyan? Bila dua bulan tidak bekerja, saya merasakan kesusahan yang para ibu rasa. Tekanan yang menyebabkan berlakunya ‘kekoyakan’. Namun memang tidak disangka, bila meluahkan, saya ingatkan akan terima respon negatif, namun situasi ini membuka mata kerana ramai yang mengalami situasi yang sama.

“Kelakian saya tercabar apabila dua bulan terpaksa duduk di rumah menjaga anak dan isteri. Cukup sukar kerana perlu melalui rutin sama yang berulang-ulang. Dan selepas genap dua bulan berpantang, kami putuskan untuk menghantar anak ke taska.

IKLAN

“Dan disebabkan itu, ada pula mulut-mulut yang berkata, macam mana tergamak menghantar anak yang baru berusia dua bulan ke taska. Mereka kecam kerana sebelum ini saya pernah mengeluh kerana sukar mendapatkan anak,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, lelaki berusia 30 tahun ini juga mengakui sering menerima tawaran membintangi drama televisyen, namun, dia tidak mahu berlaku salah faham dalam rumah tangga sementelah statusnya sebagai suami, ada batas yang harus dipatuhi.

Memang sebelum ini ada tawaran yang datang, namun isteri agak berat hati untuk saya masuk industri hiburan, takut lupa diri katanya. Saya hormat keputusan isteri,” katanya sambil ketawa.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI