Tular di laman sosial apabila pemilik sebuah agensi pelancongan, Themohdafiqq memuat naik sekeping surat rasmi dari seorang selebriti berkenaan dengan permohonan tajaan.

Menerusi foto yang dikongsi menerusi Insta Stories itu, ia secara jelas berkaitan dengan permohonan dari selebriti terbabit yang meminta tajaan untuk empat orang, termasuk buat pengurus serta mekap artis.

Malah, selebriti yang tidak dinyatakan namanya itu turut dilihat meminta wang sebabyak RM1,000 sebagai bayaran bagi tujuan promosi di platform media sosial.

Pengguna Instagram itu bagaimanapun menyelar tindakan selebriti berkenaan dan menjelaskan dia tidak nampak di manakah prinsip ‘menang-menang’ atas tujuan tajaan ini seperti yang tertera.

IKLAN

Ini kerana, dia didakwa masih perlu mengeluarkan RM1000 untuk tujuan promosi.

Pantang betul jenis orang yang nak benda free ni. Kau minta aku sponsor kau semua tapi kenapa minta RM1000 untuk token?

“Mana win-win situasi?

IKLAN

“Baik aku bayar RM1000 buat ig ads. Miskin sangat ke jadi artis ni sampai semua benda nak minta sponsor?” tulisnya.

“Semua Benda Nak Minta Sponsor?,” – Nikah September, Selebriti Mana Mohon Tajaan Pakej Bulan Madu, Siap Minta RM1,000?

IKLAN

Difahamkan menerusi surat yang dikongsi, selebriti tersebut bakal melangsungkan majlis pernikahan, September depan.

Namun, lokasi percutian selama tiga hari dua malam itu tidak pula dinyatakan.

Foto : Instagram Themohdafiqq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI