Pempengaruh popular Indonesia, Mimi Peri enggan mempedulikan segala tomahan netizen sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap setiap peluang yang diterimanya saat ini.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, dia juga mahu berterima kasih kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz kerana telah memberikannya kepercayaan untuk berlakon di dalam filem di Malaysia.

“Mereka Tak Tenang Selagi Tak Hentam Influencer,” – Tak Peduli Haters, Mimi Peri Teruja Impian Berlakon Filem Tercapai

“Memang banyak yang bercakap buruk mengenai saya apabila saya ditawarkan berlakon filem di Malaysia. Ramai yang tak percaya Datuk Fizz Fairuz akan memanggil saya. Kata mereka, saya ini hanya untuk bahan jenaka sahaja.

“Mereka juga mengatakan lelaki lembut tidak akan diterima di Malaysia. Namun, saya percaya Fizz Fairuz.

“Beliau merupakan orang baik dan jujur untuk memberikan saya peluang besar untuk muncul di dalam filem ini. Saya dapat sampai di sini pun kerana dia,” katanya kepada MH.

“Mereka Tak Tenang Selagi Tak Hentam Influencer,” – Tak Peduli Haters, Mimi Peri Teruja Impian Berlakon Filem Tercapai “Mereka Tak Tenang Selagi Tak Hentam Influencer,” – Tak Peduli Haters, Mimi Peri Teruja Impian Berlakon Filem Tercapai

IKLAN

Mimi Peri berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Tudung Begins baru-baru ini.

Katanya lagi, dia juga tidak kisah untuk menerima sebarang asalkan dirinya dapat menghiburkan orang lain.

“Pada saya, haters ini seakan tidak akan tenang sekiranya mereka tidak dapat menghentam para influencer dalam kehidupan seharian mereka. Ia seperti hiburan buat jari mereka untuk menghina orang lain di media sosial.

“Jadi, kalau kita terkesan dengan kata-kata tersebut, mereka akan berasa senang. Pada saya, tak mengapalah saya dihina asalkan saya dapat menghiburkan orang lain.

IKLAN

“Tak salah untuk kita bermimpi untuk menjadi apa sahaja yang kita mahu. Kalau tuhan memang sudah mengkehendaki, apa sahaja jalannya, pasti akan terkabul,” ujarnya lagi.

“Mereka Tak Tenang Selagi Tak Hentam Influencer,” – Tak Peduli Haters, Mimi Peri Teruja Impian Berlakon Filem Tercapai “Mereka Tak Tenang Selagi Tak Hentam Influencer,” – Tak Peduli Haters, Mimi Peri Teruja Impian Berlakon Filem Tercapai

Sementara itu, pemengaruh asal Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia ini akui teruja apabila dapat bertemu dengan peminat saat melawat menara ikonik, KLCC baru-baru ini.

“Sejujurnya, sebulan sebelum sampai ke sini, saya tak dapat nak tidur malam. Saya sangat teruja kerana ini pertama kali saya berjalan ke luar negara.

IKLAN

“Saya juga sudah minta izin pada mak dan minta doakan perjalanan saya dipermudahkan. Sebelum ini saya hanya melihat KLCC di tv tapi alhamdulilah akhirnya impian saya tercapai.

“Saya diserbu bila sampai di KLCC. Tak sangka ramai yang mengenali saya di sini. Saya jadi terkejut kerana saya tak pernah ke mana-mana sebelum ini selain hanya di kampung,” akhirinya.

Terdahulu, Mimi Peri merupakan antra pempengaruh yang membuat kemunculan khas di dalam filem pertama arahan Fizz Fairuz itu.

Selain Mimi Peri dan Fizz, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Kazar, Maryam Durian Kimchi, Isyariana dan Achey.

Mat Tudung Begins bakal ditayangkan bermula 3 Ogos ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI