Pelakon Hisyam Hamid mengakui membuat persiapan rapi untuk membawakan watak Azizi yang juga merupakan seorang pengidap autism didalam drama terbaharu Bunga Salju.
Menurut Hisyam, dia juga telah meluangkan masa untuk mendalami ilmu mengenai austism serta bergaul dengan pengidap simptom tersebut.
“Saya agak gementar ketika diberi watak Azizi, jadi saya buat kajian dengan tonton filem luar negara dan pergi ke NASOM selain berjumpa dengan lelaki yang wataknya sama dengan Azizi.
“Lelaki itu bernama Syafiq berusia 29 tahun. Bekerja dalam bidang IT dan seorang high functioning autism sama seperti watak Azizi. Dia seorang yang sangat bergantung kepada nasihat ibunya.
“Saya perhatikan cara dia bercakap, berjalan dan gerak tangannya, hasilnya adalah apa yang penonton lihat dalam drama Bunga Salju,” katanya.
Pada masa sama, pelakon asal Singapura ini juga teruja apabila drama ini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai bahawa pengidap autism ini turut mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri.
“Saya ada baca komen-komen penonton di laman sosial, rata-rata mereka tidak tahu ada orang autisme seperti Azizi.
Ads
“Malah ada yang komen mahukan lelaki seperti Azizi kerana jujur (ketawa).
“Apapun saya gembira naskhah ini selain hiburan turut memberi kesedaran kerana penonton bahawa ada orang autisme yang high functioning dan ada kalanya mereka lebih bijak daripada orang normal,” ujarnya lagi.
Terdahulu, drama Bunga Salju berjaya mendominasi dan meraih rating tertinggi untuk slot Tiara (jam 6 petang) di Astro Ria.
Menurut penerbit David Teo, dia tidak menyangka genre drama seperti ini mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Ads
“Mulanya pihak kami agak bimbang peminat drama mungkin tidak mahu tonton drama tentang autisme, tetapi kami silap kerana Bunga Salju mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton.
“Saya sendiri difahamkan Bunga Salju mendapat rating tertinggi untuk slot Tiara di Astro Ria setakat ini dan apa yang membanggakan drama ini masih belum tamat dan berbaki banyak episod lagi.
“Kejayaan drama ini datang daripada kerjasama satu pasukan yang baik, bukan sahaja daripada barisan pelakon yang sangat cemerlang tetapi juga kru belakang tabir,” katanya lagi.
Sementara itu, watak Hamdan yang dibawakan oleh pelakon Hariz Hamdan turut berjaya menambat hati penonton meskipun ini merupakan pengalaman pertamanya membawakan watak antagonis.
Ads
“Sepanjang drama ini bersiaran saya sudah bersedia untuk dibenci dan dikecam penonton kerana Farouk memang sangat jahat.
“Selain membuat kajian sendiri, saya juga dibantu oleh pelakon-pelakon senior yang hebat di set penggambaran seperti Hasnul Rahmat dan Zul Huzaimy,” kongsi Hariz.
Terdahulu, Bunga Salju ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Itu respons pelakon Aedy Ashraf ketika diminta mengulas mengenai situasi hubungannya bersama aktres dan pengacara Amelia Henderson yang dikatakan sudah tidak akrab seperti dahulu.
Menurut Aedy, mereka kini sudah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir. Dia bagaimanapun akui masih simpan perasaan sayang terhadap bintang cantik itu.” />
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak merasakan peningkatan usia sedikit sebanyak membuatkan dirinya membataskan aktiviti bersosial seterusnya memilih kerap menghabiskan masa dengan diri sendiri dan keluarga.
Menurut Zizan, perasaan sedemikian timbul selepas negara berdepan dengan pandemik COVID-19 sebelum ini.
“Ketika ini, saya merasakan diri saya lebih ‘introvert’. Kalau pergi apa-apa acara, saya nak terus balik rumah bila selesai. Saya tak tahu sama ada ia merupakan ‘mid life crisis’ atau hal lain.
“Kalau acara yang melibatkan orang ramai, saya jadi segan sikit. Mungkin ia juga merupakan impak daripada Covid-19 lalu.
“Saya jadi kerap bertanya kepada pengurus mengenai acara yang akan saya hadiri dan sama ada mereka sediakan jalan belakang. Saya bukan nak jadi superstar tapi segan nak berjumpa orang,” katanya kepada MH.
Malah jelasnya lagi, dia juga kini jarang berkongsi hal peribadi di media sosial melain urusan kerja.
“Dahulu pun tenang juga walaupun kerap berjumpa ramai orang. Rasa seronok dapat bergelak tawa.
“Malah, di media sosial juga, saya hanya memuat naik gambar dan kemas kini apa yang boleh. Kalau melibatkan kerja, saya akan kongsi.
“Kalau tiada kerja, saya akan muat naik gambar-gambar lama. Saya tidaklah semata-mata buat photoshoot untuk gambar baharu.
“Saya pun kurang gemar ulas hal-hal di media sosial tapi saya menghormati cara masing-masing. Orang lain ada pendapat sendiri. Begitu juga saya.
“Saya tidak akan mengulas kecuali ada temuramah. Saya hanya kongsikan pandangan dan tak berhak menghentam sesiapa,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai imejnya yang kini dilihat lebih bersih dan bebas gosip, pelakon filem Polis Evo ini mendedahkan dia sudah matang bila menguruskan urusan peribadi.
“Gosip fasal saya selalunya mengenai teman wanita sahaja. Bila lama tidak bercinta, tiadalah gosip itu. Selain gosip bercinta, saya memang minta dijauhkan daripada isu lain.
“Saya tidak kesal dengan isu yang pernah menimpa saya sebelum ini. Saya anggap sebagai proses pembelajaran dan kematangan.
“Kalau nak dating pun pandai-pandailah. Dahulu kita memang suka berkongsi. Namun, hari ini, kalau saya bercinta lagi, selagi tiada persetujuan dua keluarga, saya tidak akan tunjuk.
“Biarlah betul-betul sahih dan nak berkahwin,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian kata maestro muzik, Datuk Ramli MS susulan pemergian dua figura muzik terkenal tanah air iaitu pakciknya, Datuk S.Atan dan terbaru, Tan Sri Ahmad Nawab yang meninggal dunia pada petang Ahad, pada usia 92 tahun.
Menurut Ramli, dia menyifatkan dua tokoh muzik legenda itu sebagai mentor.
“Dia (Allahyarham Ahmad Nawab) mentor saya. Saya ke Malaysia sekitar 1981 dan mula bekerja dengannya pada tahun 1983. He loves me, okay. He loves me very much.
“Mengapa saya kata begitu, sebab pada tahun tersebut (era 80an), kita banyak hasilkan album dan dia tak akan teruskan rakaman kalau saya tak ‘free’.
“Dia akan tunggu dan kemudian bila berada di studio, dia akan bayar saya lebih dan berikan saya hadiah.
“Dan saya banyak belajar daripada dia, apa itu ‘commercial music’. Lagu dia, ‘senang’ saja tapi sampai sekarang orang akan ingat.
“Ibaratnya kalau pejam mata dan lagu itu berkumandang, orang sudah tahu itu lagu Ahmad Nawab. Identitinya sangat kuat,” katanya.
Ramli yang juga suami kepada penyanyi, Datin Alyah berkongsi cerita ketika ditemui sejurus konsert pertama Gegar Vaganza 11 (GV11) di Shah Alam, malam tadi.
Sementara itu, Ramli turut mengenang tunjuk ajar serta keperibadian baik Allahyarham S.Atan yang telah memberikan peluang kepadanya dalam seni.
S.Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said pergi menghadap Illahi pada 16 November lalu pada usia 75 tahun di kediamannya di Kajang, Selangor, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Pakcik saya ialah orang yang bertanggungjawab memberi saya peluang dalam bidang yang saya ceburi sekarang. Ketika itu saya berusia 15 tahun.
“Dia berikan peluang itu bukan kepada sembarangan orang, mungkin dia melihat saya ada potensi.
“Peluang yang diberikan pula bukan kecil, bagi saya ia satu perkerjaan yang berat. Tapi dia percaya dan suruh saya ‘lawan’.
“Dia mentor saya. Kalau tak ada dia dan tunjuk ajar dia, saya mungkin tak ada di sini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit Datuk A Aida, tampil menawarkan peluang rezeki buat aktor veteran Dharma Harun Al Rashid dengan janji akan menyediakan tawaran lakonan setiap bulan selama...