Pelakon Hafidz Roshdi gembira dan bersyukur apabila dia kini kembali berlakon selepas lebih setahun tidak mendapat tawaran. Ia ibarat diberi peluang kedua dalam kerjaya seninya.

Menurut Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, situasi itu menjadi tempoh paling lama dia tidak menjalani sebarang penggambaran selepas melalui beberapa ujian dalam hidup.

“Allah bagi peluang kedua atas rezeki yang diterima ini. Selepas beberapa bulan saya buat e-hailing, sekali dapat tawaran lakonan. Kiranya macam periuk nasi saya terbuka kembali.

“Masih ada yang mempercayai bakat saya dan terharu bila produksi Global Station berikan tawaran membintangi drama Bawah Payung Awan musim kedua. Lebih sebulan saya shooting dan kini sedang menghabiskan baki penggambaran,” katanya.

Ditanya mengapa dirinya tidak mempunyai tawaran sebelum ini, Hafidz bagaimanapun percaya rezeki dan tidak mahu mempersoalkan mengenai perkara itu.

“Allah Bagi Peluang Kedua, Periuk Nasi Saya Terbuka Kembali,” – Hafidz Roshdi Syukur Kini Dapat Offer Berlakon “Allah Bagi Peluang Kedua, Periuk Nasi Saya Terbuka Kembali,” – Hafidz Roshdi Syukur Kini Dapat Offer Berlakon “Allah Bagi Peluang Kedua, Periuk Nasi Saya Terbuka Kembali,” – Hafidz Roshdi Syukur Kini Dapat Offer Berlakon “Allah Bagi Peluang Kedua, Periuk Nasi Saya Terbuka Kembali,” – Hafidz Roshdi Syukur Kini Dapat Offer Berlakon

IKLAN

“Tawaran lakonan ada saya terima, termasuk awal tahun ini namun akhirnya tiada rezeki kerana mungkin nama tidak diluluskan stesen televisyen. Saya pun tidak pasti apa sebabnya.

“Saya tidaklah mahu bertanya kepada penerbit atau pengarah mengenai hal tersebut. Saya hanya anggap saja tiada rezeki,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hafidz mengakui dia masih lagi meneruskan kerja sebagai penghantar barang untuk sebuah syarikat kurier terkenal.

IKLAN

“Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang dalam tempoh empat bulan ini sebagai  proses terapi atau ‘healing’.

“Ia sedikit sebanyak membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021 sebab saya dapat berbual dan berjumpa dengan orang ramai.

“Saya buat ‘job’ ini pun selepas dicadangkan oleh pakcik saudara. Tidak sukar sebenarnya untuk mendaftarkan diri untuk bekerja dalam bidang e-hailing ini,” katanya lagi.

IKLAN

Hafidz dalam pada itu berlapang dada seterusnya berharap agar pembabitannya dalam drama terbaru itu akan membuka lagi pintu rezeki buatnya.

Malah Hero Remaja 2011/12 sezaman Fattah Amin dan Syafiq Kyle ini juga akui tidak pernah bersara terus daripada dunia lakonan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI