Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memaklumkan sudah memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kes khalwat membabitkan dirinya dengan aktres Ruhainies.

Kata pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz, dia kini sedang menunggu prosedur seterusnya dan berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Doakan Yang Baik-Baik,” – Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Dengan JAWI

“Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.

“Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang.” katanya.

“Doakan Yang Baik-Baik,” – Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Dengan JAWI

IKLAN

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

IKLAN

Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Awal hari ini, menerusi prosiding di mahkamah, Aliff telah pun menceraikan isterinya Bella Astillah dengan talak satu.

Pada prosiding perceraian yang berlangsung, kedua-dua belah pihak sebelum ini bersetuju untuk membuat beberapa perjanjian sebelum proses perceraian dilakukan.

IKLAN

Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan perceraian secara ‘fast track’ kepada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.

Bagaimanapun pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI