Syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh telah menghasilkan sebuah filem Islamik tentang perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta.
Filem itu telah diadaptasi daripada sebuah novel best seller dengan tajuk yang sama karya penulis Nusaibah Azzahra yang mendapat sambutan hangat di negara berkenaan.
Menariknya, karya yang dipaparkan itu adalah kisah benar yang telah dilalui sendiri oleh penulis berkenaan apabila dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri.
Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem tersebut untuk tayangan di Malaysia berkata, pihaknyaberminat membawakan filem Perjalanan Pembuktian Cinta ke Malaysia kerana ia menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik.
“Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup, filem ini dijangka mampu menyentuh hati penonton dan memberi pengajaran bermakna. D’Ayu Pictures berbangga membawa karya istimewa ini untuk tontonan penonton Malaysia.
“Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah. Gabungan elemen komedi dan drama dan juga latar belakang nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton.
“D’ Ayu Pictures sudah pasti menyokong kelainian filem ini kerana ia menyaksikan sebuah kisah cinta dan nilai murni agama digabungkan dengan agung yang bakal menyentuh jiwa penonton,” ujarnya.
Ads
Perjalanan Pembuktian Cinta menceritakan tentang seorang penghafaz Al-Quran, Fathia menempuh rintangan hidup apabila dipaksa berpoligami oleh ayahnya sendiri dan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Diarahkan oleh M. Amrul Ummami, filem tersebut dibintangi ramai pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana dan ramai lagi.
Mengenai sambutan di Indonesia pula, Rosmarayu memberitahu penerimaan penonton di sana luar biasa, meskipun ditayangkan semasa bulan Ramadan.
Ads
“Respons hebat penonton Indonesia membuktikan filem ini berjaya mengusik jiwa semua lapisan masyarakat. Kini, giliran penonton Malaysia pula untuk menghayati karya seni bernilai ini.
“Sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi agar filem ini turut mendapat sambutan baik. Namum, saya juga melihat dari sudut jalan ceritanya yang sememangnya memberikan banyak mesej-mesej positif serta pemahaman yang lebih mendalam tentang cara mengenali diri,” jelasnya.
Sementara itu, M. Amrul selaku pengarah berkata, Perjalanan Pembuktian Cinta menampilkan jalan cerita yang unik berbanding filem-filem genre yang sama.
“Perjalanan Pembuktian Cinta diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis seorang penghafal Al-Quran, yang mana ia adalah kisah benar penulis itu sendiri dan itu adalah keistimewaan tentang filem ini.
Ads
“Jalan cerita yang dipaparkan akan membuatkan penonton akan lebih memahami lebih dekat dengan mesej-mesej yang terkandung dalam jalan cerita filem ini bagi menempuhi kehidupan seharian,” ujarnya.
Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 7 Mac lalu, Perjalanan Pembuktian Cinta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun ini.
Perjalanan Pembuktian Cinta mengisahkan tentang seorang penghafal atau Hafidzah Al-Quran iaitu Fathia (Dea Annisa) dan Raehan (Teuku Ryan) yang saling menyukai antara satu sama lain.
Bagaimanapun, Fathia terpaksa menjauhkan dirinya daripada Raehan atas kepatuhan kepada agama.
Pada masa sama, ayah Fathia juga telah memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia dan sudah beristeri. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai dan terpaksa berpoligami membuatkan kehidupan Fathia menjadi lebih sukar.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dilaporkan telah terjatuh daripada atas pentas ketika menjalani sesi rehearsal untuk mengacarakan sebuah program realiti di Indonesia, D’ Academy Asia 6.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Uyaina dikatakan terlalu teruja ketika menyaksikan rakan pengacara, Jirayut menyanyi di atas pentas sehingga tidak perasan yang dirinya telah bergerak ke bahagian hujung pentas lalu terjatuh.
“Jadi, inilah yang terjadi. Nak salahkan Jirayut tapi salah diri sendiri,” tulisnya.
Disebabkan kejadian tersebut, isteri kepada pelakon dan penyanyi, Raja Syahiran ini terpaksa menerima rawatan di hospital dan menggunakan tongkat serta kerusi roda untuk berjalan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur melihat kejadian tersebut selain turut mendoakan semoga Uyaina lekas sembuh.
“Hahaha gelak dulu. Semoga lekas sembuh Uyai,” komen pelakon, Mira Filzah.
“Hahaha aku nak gelak rasa bersalah. Please take care,” kata pelakon, Lia Natalia.
“Ya Allah Yana. Sorry I tergelak dahalu, baru kesian. Get well soon sister,” balas pengacara dan pelakon, Adriana Adnan.
“Yana Sorry tergelak. Kesian dia. Ger well soon sis,” kata pelakon, Syamim Farid.
Bagaimanapun, menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram, D’Academy Indosiar, Uyaina dilihat masih meneruskan tanggungjawabnya selaku hos meskipun dalam keadaan kakinya yang masih sakit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nam Ron mengakui dia menjadikan aktor terkenal, Eman Manan sebagai idolanya sejak di bangku sekolah.
Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, pesona bintang berkenaan menjadi antara faktor dia mahu aktif secara serius dalam bidang lakonan.
Atas rasa minat itulah, Nam Ron mengakui sudah menonton hampir kesemua naskhah yang dibintangi pelakon terbabit.
“Sejak di bangku sekolah lagi, saya dah minat dengan Eman Manan. Hampir semua filem dan drama lakonan dia saya tonton. Saya akui minat saya nak jadi pelakon pun datang dari menonton pesonanya di skrin.
“Saya dapat tahu dia bermula di pentas teater sebab tu saya pun ikut laluan yang sama, bermula di pentas teater,” tulisnya.
Pelakon berusia 52 tahun itu sempat mengimbau kenangan ketika bekerjasasama dengan Eman menerusi beberapa projek.
“Daripada seorang peminat kini sedar tak sedar dah 3 projek telefilem saya dapat berkongsi skrin dengan dia. 1 tele biasa dan 2 supertele.
“Kali pertama saya dapat bergandingan dengannya adalah dalam supertele Parit Jawa 2011 (gambar 1). Tak dapat tidur semalaman bila esoknya nak buat adegan bersamanya.
“Kali kedua telefilem Rantai 2016 (gambar 2). Saya dah selesa sikit bergandingan dengannya. Kali ketiga supertele Tarantula X 2021 (gambar 3).
“Shooting April lalu dan akan ditayangkan 16 disember ni. Kali ini baru saya betul betul selesa beraksi bersamanya,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut hormati serta menyanjungi pelakon versatil seperti Eman.
“Selepas 10 tahun baru saya ada keberanian nak minta izin untuk bergambar dengan dia. Begitulah level hormat saya untuk pelakon berbakat sepertinya.
“Bukannya macam korang baru first time berlakon sekali dah ajak buat video tik tok. Jangan lupa tonton Eman Manan dalam Tarantula X di pawagam rumah anda pada 16 disember ini hanya di Astro First,” jelas Nam Ron.
Pempengaruh, Imran Bard tampil memberikan reaksi balas selepas pelakon, Ellie Suriaty menuntut ibu bapanya membuat permohonan maaf kerana tersinggung dengan konten parodi yang dikongsikan di platform media sosial.
Menurut Imran, dia tidak menyangka video parodi menyebut nama Ellie Suriaty itu menjadi isu besar.
“Saya kini berada di kampung saya di Kluang. Tiba-tiba naik isu Elly Suriaty yang nak ibu bapa saya minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok.
Hanya Panggilan Rawak
Menerusi video berdurasi 51 saat itu lagi, Imran turut menjelaskan nama-nama tersebut hanya sekadar panggilan rawak dan bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
“Kepada Makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik sahaja. Nama makcik lain pun saya sebut juga. Antaranya Fauziah Nawi dan artis-artis veteran yang saya kagumi.
“Jadi, saya masukkan sahaja di dalam konten. Bukan konten sensitif pun. Konon-konon jadi juri sahaja. Tak susah fikir pun,” katanya lagi.
Ibu Sedang Dirawat Di Hospital
Sementara itu, Imran turut berharap agar Ellie dapat memertimbangkan semula tuntutan permohonan maaf itu kerana ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.
“Kemudian, nak melibatkan ibu bapa saya. Minta maaf, ibu saya di dalam wad ketika ini. Dia dimasukkan air. Jadi, dia tak boleh nak minta maaf. Dia kini terbaring di katil dan ada banyak wayar.
“Jadi, saya kena buat apa ya? Minta maaf ya makcik,” akhirinya.
Terdahulu, sekitar awal Februari lalu Imran memuat naik dua video parodi di aplikasi TikTok dan didakwa dengan sengaja memperlekehkan Ellie selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.
Untuk info, sehingga kini video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan. Selain Ellie, beberapa nama artis lain turut dipetik antaranya Ajai, Wan Maimunah dan Datuk Fauziah Nawi.
Dalam sidang media yang berlangsung semalam, Ellie memberi tempoh selama tujuh hari kepada Imran untuk memenuhi tuntutannya sebelum membawa perkara ini ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Imran Bard
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.