Setiap tahun, penganjuran Anugerah Juara Lagu pasti memberi 1001 kelainan dan momen tersendiri dalam kalendar seni hiburan lokal.

Barisan lagu yang dipertandingankan, gimik serta konsep pentas itu sendiri menjadikan ia sebagai antara anugerah muzik paling berprestij, seiring dengan kematangan usia penganjurannya.

Malam ini, sebuah lagi lagu bakal mengisi senarai pemenang di AJL dan pastinya, pencinta muzik Malaysia tak sabar untuk menontonnya secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil di TV3 jam 9.00 malam.

Apa pun, ini dia antara sebab AJL edisi ke 33 memang berbaloi untuk ditonton!

Kisah Sebalik Lagu Di Matamu

Umum pastinya sedia tahu kisah percintaan yang berlaku buat si penyanyinya, Sufian Suhaimi yang terputus di pertengahan jalan. Lalu pastinya, malam ini buat pertama kali Sufian bakal mengalunkan lagu berkenaan dalam suasana paling emosi, bersama penataan skor muzik yang lebih besar. Kalau pun lagu tersebut tiada kena mengena dengan kisah hidupnya, apakah gimik yang akan dipersembahkan Pian? Kami sudah pun lihat… kalian tunggu malam ni ok!

IKLAN

Mengapa Kena Tonton? Ini Sebab AJL33 Lebih Ikonik, Pasti Jadi Momen Paling Diingati!

Pertama Kali Di AJL

Tahun ini, kelibat dua penyanyi senior yang pertama kali menyertai AJL bagai memberi sinar dan seri buat pertandingan ini. Sarah dan Siti Nordiana masing-masing menerusi Semakin dan Nisan Cinta pastinya mahu memberikan yang terbaik. Meski Nana pernah membuat persembahan di AJL, namun senarionya pasti ada beza kerana dahulunya, dia adalah sebagai penyanyi gantian, menggantikan penyanyi Syura ketika itu.

Mengapa Kena Tonton? Ini Sebab AJL33 Lebih Ikonik, Pasti Jadi Momen Paling Diingati!

IKLAN

Lagu Tema Drama Paling Popular!

Tak Pernah Hilang, persembahan duet antara Amylia dan Kaer mungkin menjadi lagu runut bunyi drama paling sinonim dengan pencinta seni kita, tahun lalu. Fenomena yang berlaku pada drama Nur dan disokong dengan lagu sebaik Tak Pernah Hilang menjadi senjata paling ampuh buat mereka untuk menjanjikan persembahan terbaik malam ini!

Mengapa Kena Tonton? Ini Sebab AJL33 Lebih Ikonik, Pasti Jadi Momen Paling Diingati!

IKLAN

Saingan Vokal Penyanyi Lelaki & Wanita

Tahun ini juga menyaksikan beberapa power house vokal turut bersaing menerusi lagu bawaan masing-masing. Jika tahun lalu gelaran vokal disandang Erni Zakri dan Syamel menerusi Aku Cinta, jadi tahun ini jadi milik siapa? Syamel kekal bersaing tahun ini, tetapi finalis lain pun tak kurang hebatnya!

Mengapa Kena Tonton? Ini Sebab AJL33 Lebih Ikonik, Pasti Jadi Momen Paling Diingati!

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan persiangan sengit 12 lagu terbaik yang dipilih juri profesional malam ini okay!

Foto: TV3

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI