Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha kini sarat hamil 7 bulan anak kedua hasil perkongsian hidup dengan suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Hanis ketika ditemui MH baru-baru ini berkata, kandungan kali ini membuatkan dirinya berasa cepat penat.
“Pregnant kali ni rasa sangat penat dan mengah. Morning sickness sampai second trimester,tak ada tenaga.
“Masa pregnant Yusuf, morning sickness sampai 9 bulan. Walaupun muntah-muntah masa tu, tapi masih ada tenaga untuk pergi shooting, event sana sini,” kata Hanis kepada MH.
Perkahwinan yang dibina pada Jun 2015 bersama Hairul membuatkan dia lebih matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
Ads
“Hairul banyak membantu dalam kerja-kerja rumah, dia (Hairul) pun seorang yang komited dan sifat kasih sayang yang dia tunjukkan itu, nampaklah dia seorang bapa dan suami yang penyayang,” jujur Hanis.
Ads
Dalam perkembangan lain, Hanis baru sahaja dilantik sebagai duta bagi produk barangan bayi, Happikiddo.
Pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin terpaksa meninggalkan anak kesayangan, Aqeef Anaqi atas urusan kerja.
Dalam pada itu, Amar sempat merakam momen perpisahan dengan Aqeef sebelum berangkat ke Prague, Czech Republic.
“I tenung je screen ni xtau nak letak caption apa.. type delete type delete.. Airmata dah dua baldi…haha.. Siapa pernah rasa apa i rasa?,” tulis Amyra.
Penyanyi Tasha Manshahar kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan penyanyi dan penyampai radio, Fahrur Raqib Abdul Majid.
Sudah melayari bahtera perkahwinan sejak September tahun lalu, Tasha ada berkongsi pengalaman mengandung cahaya mata sulung yang kini sudah di peringkat ketiga (3rd trimester).
“#throwback When I was 5w pregnant. Tap for deets.
“I’m now somewhere in my 3rd trimester. How time flies. Setiap bulan, lain-lain experience. And syukur, my first and second trimester were not so bad. Penat, mual, muntah sikit-sikit tu normal. But Alhamdulillah Alhamdulillah nothing serious. Allah mudahkan.
“But honestly, 3rd trimester is something different. Taktahu nak describe. It is tough I must admit, but I enjoy every bit of it. Penat, tapi seronok, tapi tak larat, tapi best. Faham tak?
“Susah tu bukan susah apa tau. Macam mana nak cite eh. Okay, macamni.
Kongsi Tasha, dia mengalami kesakitan pada beberapa bahagian ototnya.
“Tulang pinggang rasa macam remuk bengkok especially belah kanan, my lower body selalu rasa ngilu, selalu rasa cramp bahagian pangkal peha. Tak boleh salah gerak sikit especially time tidur. Sometimes kaki rasa kebas walaupun tak buat apa-apa. Time tak bergerak pun kadang urat semua macam nyut nyut nyut
“Pastu, beratnya badan ni ya Rabbi! Bahagian bawah perut sakit especially masa berjalan. Perut rasa sakit, tp bukan nk buang air, sebu pun bukan, lapar pun bukan. Entah taktahu nak describe rasa tu. Tidur pun dah tak nyenyak. Setiap kali bangun dari baring yang lama (contohnya time bangun tidur)
“Semua bahagian sakit secara serentak! Mengah most of the time walaupun tengah baring. Maybe sebab baby dah besar. Allah mungkin nak bagi latihan supaya kita tak terkejut masa jaga baby nanti.
“Baiknya Allah! Patutlah ibu ni Allah letak dekat tempat paling special. Thank you and congratulations to my mommy and all mothers out there yang dah lebih awal berjaya dalam “perjuangan”,” kongsi Tasha atau nama penuhnya Nadia Natasha Mohd Manshahar.
Meski penat berbadan dua, namun Tasha gembira kerana baginya, inilah saat yang paling gembira ketika bergelar ibu.
“Tapi kan, rasa syukur sangat untuk experience ni. Memenatkan tapi seronok. I’m enjoying the pain la kiranya, walaupun kdg rasa nak cepat-cepat je bersalin sebab dia punya tak larat tu lain mcm!
“I always make du’a that Allah izin I bersalin dengan selamat, baby pun dalam keadaan yg sihat walafiat, pada waktu dan keadaan yang terbaik. Doakan ya?
Dalam pada itu, Tasha yang popular dengan lagu Bukan Aku turut mendoakan agar wanita diluar sana merasai nikmat mengandung.
“Untuk semua yang teringin nak ada baby, my du’a is with all of you. Semoga kalian juga dapat merasa nikmat mengandung secepatnya, dan semoga kita sama-sama berpeluang untuk merasa nikmat melahirkan zuriat yang soleh/solehah. Amin ?,” tulis Tasha.
Malah, Tasha juga sering berkongsi gambarnya yang sedang berbadan dua di Instagram.
Adik kepada Syatilla Melvin yang juga bergelar pelakon, Syida awal semalam ada berkongsi fotonya sedang memangku cahaya mata kedua kakaknya itu yang baru sahaja dilahirkan semalam.
Katanya menerusi Instagram dia merupakan ibu saudara yang paling gembira atas kehadiran ahli baru di dalam keluarga besarnya.
Malah kongsinya lagi, dia juga bersetuju dengan pendirian tidak mendedahkan wajah bayi yang baru sahaja dilahirkan buat tatapan umum.
Lalu, bintang muda itu menutup wajah bayi berkenaan dengan tanda emoji.
“Orang tua tua kata tak elok sangat kalau expose muka baby baru lahir. Nanti dah lamaaaa sikit mak pak dia tunjuk kat hampa naaa.
“Assalamualaikum Baby Girl Maknjang, bertambah lah anak buah kami kalini, 2 lelaki 2 perempuan!! OMGGGG IM THE HAPPIEST AUNTY IN THE WORLDDDD,” kongsinya.