Semalam industri seni tanah air dikejutkan dengan berita tentang salah seorang pelakon lelaki terkenal, Sharnaaz Ahmad telah dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan menumbuk muka seorang pekerja kelab golf.

Denda sebanyak RM1,200 telah dikenakan terhadapnya dan jika dia gagal membayar denda tersebut mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman penjara selama dua bulan.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret, Mahyuddin Mohammad Som selepas Sharnaaz mengaku bersalah.

Pelakon ini telah mengaku bersalah kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada pekerja kelab golf, Gous Ali dengan menumbuh mukanya.

IKLAN

Kejadian tumbuk itu berlaku di Level 1, TPC KL di Kuala Lumpur Golf Country Club (KLGCC) Taman Tun Dr Ismail, jam 5.30 petang pada 22 Julai yang lalu.

Mengaku Tumbuk Pekerja Golf, Sharnaaz Kena Denda RM1,200

Pendakwaan dikendalikan oleh Nor Farah Adila Noordin selaku Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

IKLAN

Abang ipar kepada pelakon wanita, Neelofa ini telah membuat rayuan melalui peguamnya, Zulkifli Awang untuk merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf.

“Tertuduh juga telah memohon maaf kepada pengadu,” katanya.

Sharnaaz yang hadir bersendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

IKLAN

Baca juga: Sharnaaz Ahmad Tuntut Pesalah Diseksa Sehingga Mati

Diharapkan perkara yang berlaku ini akan dijadikan sebagai pengajaran buat Sharnaaz dan tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI