Minggu lalu seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kebakaran sebuah pusat tahfiz yang telah mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang warden. 

Berita ini benar-benar mengganggu emosi ramai pihak terutamanya keluarga mangsa. Ramai yang prihatin dengan apa yang berlaku dan turut bersedih dengan kejadian tersebut.

Beberapa hari lalu, kesemua tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah pun ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua suspek berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun.

Dalam pada itu, pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad yang memang terkenal dengan kelantangannya bersuara dan baru-baru ini menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia telah memuat naik status benar-benar marah dengan apa yang sudah terjadi.

“Jika benar ada kegiatan jenayah di atas kanak-kanak tahfiz yg terkorban, kami menuntut pesalah diseksa di kahalayak ramai sehingga mati di dataran merdeka, ini satu tuntutan Dato Sri @najib_razak,” tulisnya dengan begitu tegas dan menyebut nama Perdana Menteri Malaysia di hujung penulisannya.

Di ruangan kapsyen pula Sharnaaz berkata,

IKLAN

“Kami berhak diatas tuntuan ini.. kerana saudara kami dibunuh dgn kejam.. @najib_razak,” tulisnya.

Setelah membaca luahan hati Shanaaz ini, sememangnya kita dapat merasai betapa marahnya dia. 

Rata-rata pengikutnya juga bersetuju dengan pendapat Sharnaaz ini.

shikuribie8687: @sharnaazahmad saya sokong awak 1000% mereka telah membunuh adik2 saudara kita yang comel dan ustaz yg mendidik mereka!!! penjenayah xpatut di bg muka!!!

IKLAN

megatnaimy_: tak payah bagi muka,on jer

muhdnor_: @amalinarosdi betul lah apa bro @sharnaazahmad cakapkan ni. Hukum hudud. 18tahun takde akal ke? Sebab berakal lah dia buat. Kalau tak dilaksanakan, lagi ramailah bdk2 yg bakar membakar lepasni ?

Baca juga: Rizalman Kongsi Video Tribute Pada Mangsa Pusat Tahfiz

IKLAN

Namun begitu, ada juga pengikutnya yang kurang bersetuju.

teruna_comel: Bro kerja kau ke nk menghukum ni

yeen_71: Another irresponsible, mindless and deragotary comment frm a so-called msian artist…. Sad..

Apapun kita serahkan perkara ini kepada pihak yang lebih berkuasa untuk jalankan siasatan dan jika benar kesemua suspek didapati bersalah, berilah hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI