Menitis air mata tatkala menyaksikan video tribute untuk mangsa kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiyah yang dikongsi oleh pereka fesyen terkenal, Rizalman menerusi Instagramnya.

Video ini diringi dengan lagu daripada Uji Rashid yang bertajuk ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu ‘ namun dinyanyikan semula oleh Marsha dan Dayang Nurfaizah.

Bait-bait lirik yang sangat menyentuh jiwa ini bisa menaikan bulu roma tatkala menyaksikan video tribute tersebut sekaligus air mata juga turut jatuh membasahi pipi.

Sedih dan tersentuh hati melihat anak-anak syurga yang kini sudah berada di samping penciptaNYA.

IKLAN

Menerusi ruang kapsyen pula, Rizalman menyatakan tujuannya berkongsi video ini bukanlah untuk provokasi namun dia hanya ingin berkongsi peringatan kepada semua bahawa kehidupan kita ini sebenarnya begitu rapuh.

Baca juga: Rizalman Kongsi Kenangan Bersama Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

Rizalman juga turut memberitahu bahawa dia pernah mengambil lokasi lama madrasah pelajar-pelajar ini untuk berlakon bersama dirinya dan anaknya, Umar Nail dalam sebuah cereka pendeknya yang bertajuk ‘Pulang’.

IKLAN

“Kerana kehilangan yang begitu hening ini kami di RIZALMAN begitu terusik hinggakan salah satu pekerja menyiapkan satu kupasan video tribute memperlihatkan bagaimana rindunya kami pada mereka yang telah pergi menemui Ilahi.

 

“Keakraban kami dan institiusi madrasah ini jelas kelihatan apabila saya juga pernah mengambil lokasi madrasah lama mereka serta penghuninya untuk sama2 berlakon bersama saya dan Umar di dalam cereka pendek saya yang bertajuk Pulang.

 

“Bukan tujuan saya untuk provokasi, cuma ingin berkongsi peringatan bahawasanya kehidupan kita ini begitu rapuh dan tiada menjanjikan apa2 melainkan pada mereka yang menyedarinya. Sudah terang mereka ini perjanjiannya syurga. Kita bagaimana?,” tulisnya di ruang kapsyen.

Mari kita lihat video yang dikongsikan oleh Rizalman di Instagramnya.

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

IKLAN

Dalam pada itu MH Online telah berjaya mencari video penuh lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu untuk cereka pendek bertajuk Pulang tersebut. Mari kita sama-sama kita saksikannya dan dengar segala bait-bait lirik yang bisa meruntun jiwa dalam lagu tersebut.

Sumber: Instagram Rizalman & Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI