Penyanyi, Ani Maiyuni mendedahkan dia tidak boleh tidur malam apabila mengenangkan titik hitam yang dilalui anaknya sulungnya, Wirda Viviana Zairi yang dipercayai dibuli di asrama sebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku terhadap pelajar berusia 14 tahun itu difahamkan berlaku pada 28 Februari lalu.

Memetik Harian Metro, Ani memaklumkan dia tidak akan memaafkan kepada pembuli andai sesuatu yang buruk berlaku kepada anak pertamanya itu.

“Andai sesuatu buruk terjadi kepadanya pada malam kejadian, saya tidak akan maafkan mereka,” katanya.

Tidak dapat menahan sebak, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 41, memberitahu pada 3 Mac lalu dia dibenarkan membawa anak keluar dari asrama.

IKLAN

Ketika ke dobi bersama, anaknya itu seakan menyembunyikan sesuatu apabila banyak mendiamkan diri.

“Selepas beberapa kali memujuk berkongsi masalah yang dihadapi, barulah dia buka mulut. Dia memberitahu ada lapan pelajar senior mahu mengetahui mengapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah.

“Apabila dia enggan bercerita, pelajar senior itu mengugut mahu memukulnya. Takut dengan ugutan itu dia pun bercerita tetapi pelajar senior itu masih tidak berpuas hati dan mempercayainya. Mereka menendang dan menumbuk pinggang anak saya, menampar muka serta pukul dada.

IKLAN

“Luluh hati saya ketika melihat badan anak penuh dengan kesan lebam. Tergamak mereka buat begitu hanya kerana tidak puas hati,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Ani turut mendakwa mulut anaknya juga ditutup dengan kain bagi mengelakkan warden mendengar jeritan.

IKLAN

“Apabila Wirda menangis kesakitan, mereka menutup mulutnya dengan kain. Sebagai ibu, saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia ketika itu.

“Saya sudah buat laporan di Balai Polis Setapak dan mendapatkan laporan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu. Doktor mengesahkan ada lebam di badan dan pinggangnya cedera.

“Sebenarnya anak saya dibuli sejak tingkatan satu lagi tetapi tidak seteruk ini. Kali ini, saya tak boleh berdiam diri. Laporan polis perlu dibuat demi keselamatan anak yang kini trauma,” kongi penyanyi Buaya Darat ini lagi.

Foto: Instagram Ani Maiyuni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI