Baru baru ini, penyanyi, Zizi Kirana ada berkongsi lirik sebenar lagu Eh yang dinyanyikan semula oleh penulis liriknya, Mambang atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Bagaimanapun, posting yang dimuat naik di laman Instagram itu ternyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan lagu tersebut seolah-olah seperti mempermainkan agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)

 Menurut individu berkenaan, Altimet atau Zizi tidak sepatutnya mempersendakan wanita yang menutup aurat meskipun mereka tidak mengikut syariat agama dengan sempurna.

“Mencuit Ego Mereka Yang Rajin Solat Wajib & Sunat,” – Individu Ini Sifatkan Lagu Eh Seperti Persenda Agama, Ini Pencerahan Altimet

“Lagu ni seperti mempersendakan agama jika dilihat dari angle lain. I think its a nice message but when the singer sings it makes the song controversial … example “the jubah” part…. now i look it as if ur saying its ok not to cover up since theres so many women covering up but its not up islamic teaching.

“That my view dont joke about it cos hijab is Wajib not a thing where women can choose whether shes bad or good its not for us to judge when she she wears it. So, be more carefull of this. Semoga kita semua diberi HIDAYAH oleh Allah dan tidak dimurkai olehnye..amiin waallahualam,” tulis individu berkenaan.

IKLAN

Tampil menjernihkan keadaan, Altimet menjelaskan lagu ini adalah salah satu cara untuk dia berkias mengenai matlamat syaitan dan iblis untuk menyesatkan umat manusia.

Katanya lagi, lagu tersebut dibuat untuk mengingatkan syaitan dan iblis ini akan menggunakan apa sahaja cara untuk mempengaruhi jiwa setiap manusia tidak kira sama ada iman mereka tinggi atau rendah.

“Mencuit Ego Mereka Yang Rajin Solat Wajib & Sunat,” – Individu Ini Sifatkan Lagu Eh Seperti Persenda Agama, Ini Pencerahan Altimet

IKLAN

“Jangan terlalu literal, kawan-kawan. Lirik ini Bukan style Biasa saya yang cakap terang, lirik Ini saya berkias. Apa yang saya maksudkan ialah tekad iblis untuk menyesatkan Bani Adam, sehingga dia sanggup menggunakan Apa cara sekali pun untuk capai matlamatnya. Mungkin untuk orang yang lebih lemah dia datang dalam bentuk yg terang, seperti harta, kuasa dan sebagainya.

“Tapi Kalau tu tak lut disebabkan Iman yang lebih teguh pasti dia akan cuba cara yg lebih halus. Dan dia telah diberi kuasa oleh Allah untuk buat benda-benda mcm ni, seperti mencuit ego mereka yang rajin solat wajib & sunat. Seperti tidak beesangka baik diantara saudara islam sendiri. Seperti mencari konklusi yang paling negatif, tanpa bertanya atau soal siasat.

“Moga kita semua berwaspada sebab kita semua akan diuji dengan cara tersendiri. Ujian saya dalam kes ni ialah terasa nak terus melatah & kritik balik pandangan bro saya ni. Tapi setakat ni saya masih berjaya tahan. Allahualam,” balas Altimet.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai berhubung isu tersebut.

“Mencuit Ego Mereka Yang Rajin Solat Wajib & Sunat,” – Individu Ini Sifatkan Lagu Eh Seperti Persenda Agama, Ini Pencerahan Altimet “Mencuit Ego Mereka Yang Rajin Solat Wajib & Sunat,” – Individu Ini Sifatkan Lagu Eh Seperti Persenda Agama, Ini Pencerahan Altimet

Terdahulu, Eh merupakan salah satu daripada 12 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-35.

Sumber: Instagram Zizi Kirana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI