Selain barisan pememang trofi utama AJL32 yang menjadi perhatian Ahad lalu, figura pasangan duet lagu Aku Cinta, Syamel dan Ernie Zakri turut mencuri tumpuan ramai apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, menewaskan calon terdekat, Dayang Nurfaizah yang sebelum ini unggul memenangi kategori berkenaan untuk tiga tahun berturut-turut.

Pada saingan akhir program muzik tahunan itu, Syamel dan Ernie menyampaikan lagu Aku Cinta ciptaan sepenuhnya Syamel sementara Dayang mempertaruhkan lagu Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan Ajai.

Bagaimanapun, rezeki berpihak pada Syamel dan Ernie yang turut mencipta rekod sebagai pasangan duet kedua yang menggungguli trofi Vokal terbaik selepas Lah dan Jacyln Victor menerusi lagu Ceritera Cinta di AJL22 lalu.

IKLAN

Menang Trofi Vokal Terbaik AJL32 Sekaligus Tewaskan Dayang dan Salma, Ini Jawapan Penyanyi Aku Cinta!

Ditanya apakah perasaan apabila mememangi anugerah tersebut, Ernie mengakui tidak meletakkan harapan besar, sebaliknya cuma mengharapkan agar dia dan Syamel mahu memberikan yang terbaik dan berdoa agar tahap kesihatan berada dalam keadaan baik untuk membuat persembahan.

IKLAN

“Mungkin jawapan agak klise. Bagaimanapun kami tidak meletakkan sebarang harapan untuk Vokal Terbaik. Memadai kalau kami boleh buat yang terbaik dan sebelum ini berdoa diberikan kesihatan yang okay supaya boleh lakukan persembahan dengan lancar. Bagi saya, Dayang sangat berbakat dan mempunyai berpengalaman luas. Malah Salma juga memberi persembahan yang sangat hebat,” katanya sambil diakui Syamel.

 

“Saya terduduk selepas melihat persembahan Dayang dan Salma. Sebenarnya, saya mempunyai tabiat tidak mahu melihat penyanyi lain melakukan latihan atau persembahan. Tapi di malam AJL32, saya melihat mereka melakukan persembahan dan akui mereka sangat bagus. Saya mulalah rasa gugup untuk melakukan persembahan.

 

“Saya berbincang dengan Ernie dan dia meyakinkan saya untuk melakukan apa yang sudah dirancang. Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami,”jelasnya.

Menerusi YouTube, persembahan pasangan duet ini di AJL32 lalu telah pun ditonton lebih 1.5 juta tontonan!

IKLAN

Tahniah buat semua pemenang dan bagi kami, setiap persembahan pada malam final lalu ada tarikan tersendiri. Tapi memang best giler kan AJL32 tempoh hari kan?!

https://www.youtube.com/watch?v=Rt-fgbsMQpM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI