Bila nama makin popular, ada saja yang tidak kena. Buat itu salah, buat ini nanti dikecam pula. Itulah agaknya situasi yang menimpa penyanyi, Wany Hasrita yang mengakui sudah kalis dengan pelbagai tohmahan dan kritikan dari netizen, melibatkan soal imej dan penampilannya.

Wany yang kini popular menerusi lagu Rintihan Rindu itu bagaimanapun tidak pernah terasa dengan kritikan yang diterima. Sebaliknya dia juga perlu sedar sebagai public figure, sudah tentunya setiap apa yang dilakukan akan mendapat perhatian.

IKLAN

“Jujurnya, saya memang tiada stylist untuk tudung. Tapi bila lakukan penggambaran untuk promo Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), saya berbesar hati bila tudung digayakan Tym Fatimah. Nampak lain dan saya suka,” katanya yang menolak apabila dikata dia degil untuk ubah imej, selesa dengan gaya sedia ada.

 

“Kalau nak dikatakan saya memang selesa dengan imej sekarang, baik masa promo AJL tu saya cakap pada Tymah yang saya nak biasa-biasa saja. Pertama sekali, saya sebolehnya akan ikut tema yang diberikan dan saya tahu, sudah tiba masa untuk saya keluar dari zon selesa macam dulu. Kenalah bergaya sikit demi perkembangan kerjaya,” kongsinya Wany yang terbuka sekiranya selepas ini, ada penggaya tudung yang sudi untuk menggayakan tudung buatnya.

Ditanya adakah dia sentap bila dilabel dengan gelaran ‘macam budak U’, Wany optimis dan tidak terasa hati.

IKLAN
IKLAN

“Ya, memang saya pakai tudung biasa-biasa saja. Tapi saya OK.  Diaorang cakap saya budak kampung pun, saya OK aje lah. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mujurlah saya ada ibu dan rakan baik yang sentiasa beri sokongan buat saya dari belakang. Alhamdulillah, selagi ikut syariat, saya positif sahaja,” akhiri Wany yang turut menyambut baik program World Hijab Day yang bakal tiba tidak lama lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=Zl5m682iTFs

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI