Lakonan mantap pelakon versatil, Sharifah Sakinah dalam drama Sujud Terakhir Encik Norman kini semakin hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila beberapa babak emosinya tular di media sosial.
Rata-rata penonton ibarat ‘sesak dada’ menyaksikan penghayatan Sakinah yang disifatkan terlalu nyata dan seolah-olah bukan sekadar lakonan.
Naskhah ini turut memperlihatkan Sakinah seperti benar-benar melalui penderitaan watak yang dibawakan.
Menerusi beberapa klip yang dikongsi di media sosial, jelas terpancar konflik dalaman, luka emosi serta kekuatan seorang wanita yang dipersembahkan dengan cukup jujur.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, babak tangisan dan luahan perasaan yang dipaparkan antara momen paling berat dalam naskhah arahan pengarah, Shahrulezad Mohameddin ini.
Keberanian Sakinah membawakan watak Emma Khairuddin yang sarat dengan trauma dan tekanan jiwa sememangnya layak diberikan pujian, sekali gus membuktikan dia berada dalam kelas yang tersendiri.
Ads
Antara babak yang paling berbekas di hati penonton ialah konfrontasi dan situasi tegang sewaktu pertama kali Emma bertemu dengan anak tirinya, Umar lakonan Rykarl Iskandar.
Setiap dialog dilontarkan dengan tona yang tepat dan tidak berlebihan, namun cukup untuk membuat penonton merasai pedihnya hingga ke hati.
Pujian Netizen & Barisan Pelakon Hebat
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kualiti lakonan yang dipamerkan Sakinah selain tidak sabar menantikan kesudahan drama ini.
Ads
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen;
“Saya cuma nak katakan, jika Malaysia ada anugerah Golden Globe, Sakinah layak menang. Kawalan emosi yang ditunjukkan sangat sempurna.”
“Penat watak Sakinah ni. Memang lain level.”
Ads
“Suka tengok Sakinah dan Rykarl Iskandar berlawan mulut. On point betul.”
Astro terus memperkukuhkan jenamanya sebagai Home of Live menerusi malam kemuncak GMWA2025 di Auditorium MBSA, Shah Alam bukan sekadar penyampaian trofi, tetapi sebuah pengalaman artistik yang digarap dengan disiplin dan cita rasa tinggi.
Persembahan, visual serta produksi pentas disusun rapi, menjadikannya sebagai malam anugerah terbaik.
Masih menjadi perbualan hangat sejak tirai dilabuhkan, GMWA2025 memperlihatkan komitmen Astro sebagai kurator hiburan ‘live’ bertaraf premium bukan hanya menyiarkan keputusan, tetapi membina momen yang berbekas.
Bertemakan ‘Re Culture’, setiap segmen hadir dengan naratif yang tersendiri; daripada pembukaan memukau oleh penari kebudayaan bersama Zeppo Youngsterz yang bertaraf dunia, hingga ke penutup yang menyatukan tradisi dan tafsiran moden dalam harmoni yang elegan.
Dan bagi yang ingin kembali merasai getarannya, kemeriahan malam tersebut boleh distrim semula di Astro One dan sookasebuah malam yang layak diulang, berkali-kali.
Penampilan penyanyi Aisha Retno dilihat berjaya menghangatkan segmen awal, menerusi persembahan penuh tenaga.
Intro lagu yang bergema disokong tata cahaya dinamik dan koreografi kompleks yang kemas, berjaya menaikkan ‘mood’ dewan.
Susunan muzik moden yang segar juga menjadikan pembukaan terasa lebih eksklusif, seolah-olah penonton sedang menyaksikan konsert mega, bukan sekadar acara anugerah!
Momentum itu diteruskan dengan momen paling ‘feel’ apabila Hael Husaini dan Nadeera Zaini berpadu suara menerusi lagu Alangkah dan Peluk.
Gandingan dua vokal berkarakter ini mencipta atmosfera cukup syahdu, seolah-olah dewan bertukar menjadi ruang intim penuh emosi. Harmoni kedua-duanya kedengaran seimbang yang saling melengkapi.
Persembahan ini bukan sekadar duet biasa, tetapi sebuah momen yang benar-benar ‘hidup’ dan meninggalkan kesan mendalam.
Sementara Alpha, pula membuktikan keberanian generasi baharu dengan persembahan yang padat dan berkelas.
Selain memenangi kategori Lagu Tergempak dan Muzik Video Tergempak, mereka menggegarkan dewan dengan susunan semula lagu Bujang nyanyian asal Hael Husaini yang diberi nafas lebih segar.
Intro yang lebih ‘punchy’ dengan sentuhan arrangement kontemporari menaikkan suhu dewan, namun identiti asal lagu tetap dikekalkan.
Segmen penuh emosi turut tercipta menerusi gabungan Zaki Yamani dan Thalita yang membawakan lagu malar segar Sandarkan Pada Kenangan dan Seri Langkat.
Suasana auditorium seakan berubah menjadi ruang nostalgia apabila permata hati dua figura seni kita, Datuk Jamal Abdillah dan Allahyarhamah Siti Sarah itu tampil dengan kualiti duet yang memukau, sekali gus membangkitkan memori tersendiri.
Malah persembahan dua vokalis, Aina Abdul yang menampilkan bintang Indonesia Fadhilah Intan turut membawa impak dan auranya tersendiri.
Sebagai penutup, Dayang Nurfaizah di kelas tersendiri, sukses mengangkat semangat ‘Re Culture’ ke kemuncak paling estetika.
Membawakan lagu Nak Dara Rindu dan Ketipak Payung, pentas dihiasi visual prop kelopak bunga keemasan yang seolah-olah mekar mengiringi setiap lenggok suaranya.
Alunan muzik tradisional yang digabungkan dengan susunan moden menjadikan suasana lebih meriah dengan elemen etnik yang segar.
Dayang tampil anggun dengan aura klasik namun tetap relevan dalam produksi berskala besar.
Lenggok tradisional Dayang dilunaskan dengan jayanya, hingga satu auditorium meraikan persembahan dengan sama-sama berjoget lambak di akhir persembahan!
Di sebalik kehebatan produksi pentas, persoalan mengenai siapakah yang bakal mengungguli GMWA2025 juga sudah terjawab.
Pelakon popular, Meerqeen, dinobatkan sebagai penerima anugerah utama Gempak Most Wanted Award selepas meraih markah tertinggi hasil penilaian juri profesional dan undian peminat yang melebihi 2.33 juta.
Kemenangan tersebut menamatkan penantian empat tahun yang penuh usaha dan konsisten dalam industri.
Ia bukan sekadar trofi, tetapi simbol sokongan padu peminat yang tidak pernah goyah sejak awal kemunculannya.
Sorakan bergema, menjadi bukti pengaruhnya yang masih kuat dan relevan dalam landskap hiburan digital masa kini.
Meerqeen turut menggondol kategori Selebriti Tergempak.
Malah, kejayaannya semakin lengkap apabila drama lakonannya, Thariq Ridzuan, memenangi kategori Drama Tergempak.
1. Program Digital Tergempak
2. Digital Creator Sports Tergempak
3. Digital Creator Entertainment Tergempak
4. Digital Creator Motivation & Education Tergempak
5. Digital Creator Foodie Tergempak
6. Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak
7. Digital Creator Lifestyle Tergempak
8. Hos Program Digital Tergempak
Secara keseluruhan, GMWA2025 membuktikan bahawa kekuatan sebenar sebuah malam anugerah terletak pada pentas yang dibina dengan jiwa, lalu dihidupkan sebagai ruang ekspresi seni yang penuh makna.
Terima kasih kepada seluruh warga kerja GMWA atas ketelitian dan sentuhan halus dalam setiap aspek daripada konsep hingga ke pelaksanaan yang begitu terjaga.
Ia bukan sekadar sebuah malam anugerah, tetapi pengalaman ‘live’ yang memperkukuh kedudukan Astro sebagai Home of Live.
Dan bagi yang ingin mengulang detik itu, GMWA2025 boleh distrim semula di Astro One serta sooka untuk dirasai getaran yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Fasha Sandha tampil mempertahankan rakan pelakon meningkat naik, Sharifah Rose selepas ada yang mengkiritik lakonannya sehingga dilabel sebagai ‘kayu’ oleh segelintir pihak.
Menurut Fasha, sepanjang hampir tiga bulan menjalani penggambaran drama Doa Yang Terlindung bersama Rose, dia melihat sendiri perkembangan positif yang ditunjukkan pelakon tersebut.
“Saya rasa dia berlakon okay. Sebab tiga bulan saya bersama dia,” tulisnya.
Perkongsian itu dibuat oleh isteri kepada Aidil Aziz menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Dalam masa yang sama, Fasha turut memuji komitmen kerja Rose yang disifatkannya sebagai sangat berdedikasi dan berdisiplin.
“Dia menjaga waktu dan rajin. InsyaAllah dengan pengalaman dia mampu pergi jauh,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fasha dan memuji kualiti lakonan yang ditampilkan Rose setakat ini.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk;
“Saya setuju sebab saya ikut perkembangan lakonan Rose. Banyak peningkatan lakonannya.”
“Tak faham yang cakap Sharifah Rose ni kayu. Setakat ini, saya tengok dia berlakon okau sahaja. Yang kayu tu mata netizen.”
“Bagi saya dia punya lakonan dah cukup terbaik untuk pengalaman dia yg masih baru. Saya layan cerita Doa Yang Terlindung sebab semua pelakon mendalami watak dengan baik.”
“Lakonannya lebih baik sekarang. Love.”
“Serius dia menunjukkan peningkatan yang sangat banyak. Saya bangga dengan dia.”
Terdahulu, drama Doa Yang Terlindung lakonan Fasha dan Rose sukses mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih lebih empat juta tontonan bagi setiap episod.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Baby Shima, tampil menjawab kontroversi membabitkan lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa berunsur lucah, awal bulan lalu.
Mengambil masa untuk memberikan penjelasan, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli menegaskan dia tidak melarikan diri daripada isu berkenaan.
Sebaliknya, dia memilih untuk berdiam diri terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.
“Kalau bersuara ketika isu tengah panas, orang akan bertambah tak suka. Jadi saya memilih untuk beri keadaan reda dulu.
“Lagipun ketika itu dah hampir memasuki bulan Ramadan, jadi saya tak nak keruhkan lagi keadaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Ramadan di Hotel Tenera Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Mengulas dakwaan kononnya lagu berkenaan mempunyai maksud tersirat, Shima menegaskan bahawa Masuk Lagitidak mengandungi unsur ‘double meaning’ seperti yang didakwa segelintir pihak.
Menurutnya, lagu tersebut sebenarnya mengisahkan perjalanan seorang lelaki bersama rombongan untuk masuk meminang.
“Lirik lagu Masuk Lagi sebenarnya menceritakan perjalanan seseorang menuju ke rumah seseorang untuk masuk meminang.
“Liriknya berbunyi, ‘masuk jalan elok-elok sayang, sudah lama dinda seorang, rombonganmu ingin masuk meminang’.
“Itu yang kami nak tekankan dalam lagu itu, iaitu mengenai perjalanan untuk masuk meminang. Tak ada apa pun sebenarnya,” katanya lagi.
Shima turut menjelaskan, kekeliruan tidak akan timbul sekiranya orang ramai menonton muzik video lagu tersebut yang jelas memaparkan babak rombongan meminang.
“Memang tak ada unsur ‘double meaning’ sebab maksud lagu itu jelas dalam muzik video.
“Jadi mereka yang nak fahamkan lagu itu memang kena tonton muzik video terlebih dulu untuk lebih faham,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shima menegaskan kontroversi yang tercetus tidak menghalangnya untuk terus berkarya.
Bagaimanapun, dia akan lebih berhati-hati dalam pemilihan lirik selepas ini bagi mengelakkan salah faham berulang.
“Pemilihan lagu macam biasa, mana yang okey saya akan teruskan rakaman. Tahun ini kita akan hasilkan banyak lagi lagu.
“Tapi kita bagi lagu yang ‘direct’ supaya senang untuk orang faham, sebab ada sesetengah orang mungkin tak faham lirik lagu sebab lambat ‘pick up’.
“Jadi 2026 ini kita bagi lirik lagu yang jelas, yang orang boleh faham terus,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.