Pelakon, Beego meluahkan rasa apabila dirinya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan terhadap wabak berkenaan, hari ini.
Dalam pada itu, bintang yang terkenal menerusi drama bersiri Puteri itu berharap agar semua sentiasa dilindungi daripada terkena jangkitan wabak tersebut.
“Alhamdulillah negative semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dari apa juga wabak dan penyakit didunia ini.Amiin,” tulisnya.
Ads
Serentak dengan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dab mendoakan agar keluarga Beggo sentiasa dilindungi.
Ads
Sebelum, terdapat beberapa rakan selebriti menjalankan tanggungjawab menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kes positif dilaporkan kian meningkat di seluruh negara.
Ads
Antara seleberiti yang terkena jangkitan wabak penyakit ini adalah Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah dan Alif Satar.
Foto: Instagram Beego
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada pihak yang menawarkannya watak tidak mengenakan tudung, meski bintang remaja itu sudah pun memilih untuk berhijab sejak berusia 11 tahun lagi.
Mia, 16, berkata, gara-gara tawaran sedemikian, dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan dengan cara baik hingga ada yang menyangka dirinya sudah tidak lagi aktif dalam industri seni.
“Tidak saya nafikan apabila mula mengenakan tudung, tawaran yang datang kurang berbanding dulu. Malah baru-baru ini ada tawaran yang meminta saya untuk buka tudung setelah diberitahu mengenai karektor watak yang ditawarkan.
“Banyak perkara sedemikian berlaku lebih-lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan.
“Jadi bila jarang muncul di kaca televisyen, ada yang ingat saya sudah tidak berlakon lagi. Apa pun, saya harap mereka menghormati keputusan saya yang berhijab. Saya pakai tudung pun bukanlah atas paksaan mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu, Mia ditemui pada majlis pelancaran De’Xandra Youth Live Launch di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Kembali aktif dalam seni lebih setahun lalu, bintang remaja ini juga optimis kerjasamanya bersama De’Xandra Youth mampu membuka peluang lebih besar bagi dirinya selepas ini.
“Saya gemar teroka dan cuba dunia baru. Semoga projek bersama De’Xandra ini dapat buka mata dan secara tak langsung memberitahu semua bahawa saya masih ada dalam industri.
“Malah, pihak mereka juga sudah merancang pelbagai perkara, misalnya menghasilkan muzik video dan sebagainya.
“Jadi itu antara sebab yang memanggil saya untuk bersama-sama selebriti lain terlibat dalam projek ini.
“Tidaklah orang kata saya hanya berlakon sahaja. Tapi juga ada perkara lain yang saya lakukan,” katanya yang turut aktif memuat naik video di YouTube.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif De’Xandra, Ernayanee Nur Julaimi berpandangan jauh seterusnya mengharapkan agar segmen wangian terbaru ini mendapat tempat di kalangan pembeli sasarannya.
“Rangkaian ini memberi fokus kepada golongan remaja dan buat pertama kali, kami memperkenalkan siri wangian body mist yang mempunyai lima bauan berbeza.
“Idea menghasilkan body mist ini timbul selepas adanya permintaan daripada golongan berkenaan yang mahukan sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak mereka di bawah jenama kami,” katanya.
Selain Mia, empat duta lain yang turut sama dipilih ialah Erissa Puteri, Nana Quemar, Kashika Selvam dan Koh Wen Wei.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Sarah mendedahkan hari ini merupakan detik yang amat sukar buat suaminya yang juga merupakan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu selepas mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM awal pagi tadi.
Menurut Sarah, keputusan tersebut sememangnya amat berat untuk dibuat terutamanya setelah hampir dua tahun menabur bakti bersama stesen radio berkenaan.
“I tahu hari ini adalah hari yang paling berat untuk you daddy. Lama you fikir nak buat keputusan ni. Yelah dua tahun kat Hot FM and semua kat radio tu you dah anggap macam famili.
“Ingat lagi masa you bincang pasal tinggalkan Hot FM, you sangat sangat sedih sebab you really love @hotfm and sangat happy kerja kat sana,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi lagu, Semakin ini turut memaklumkan keputusan tersebut merupakan salah satu bentuk pengorbanan yang dibuat oleh Shuib demi masa depan diri dan juga keluarganya.
“Sampaikan you pernah cakap kerja kat Hot Fm ni lain. Diorang jaga u kaw kaw, respect semua pekerja dan kerja hot yang paling you happy.
“Tapi i faham bila you cakap hidup ini kita kena berkorban bila nak buat sesuatu yang lebih besar for future,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sarah turut memberi tahu, dia akan menyokong sepenuhnya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Shuib demi kebaikkan dan masa depan keluarganya.
“I just nak cakap apapun keputusan u, I akan tetap ada dan sentiasa ada di belakang.
“Sarah doakan bisnes kita akan terus berjaya dan bantu lebih ramai rakyat Malaysia yang sekarang ni sedang berjuang untuk cari peluang kerja,” akhirinya.
Terdahulu difahamkan, antara sebab mengapa Shuib mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio berkenaan adalah untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Sumber: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tidak menafikan tekanan yang bakal dialami pada malam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), apabila ramai yang mulai berteka-teki penyanyi manakah yang bakal merangkul trofi Anugerah Vokal Terbaik kali ini.
Menjadi pilihan peminatnya yang mengharapkan agar bintang itu mampu membuktikan sesuatu dengan merangkul anugerah tersebut, tidak kurang juga yang turut membandingkan Aina dengan rakan penyanyi lain.
“Sudah tentu rasa tertekan, terutamanya bila dikaitkan dengan rakan penyanyi seperti Ernie Zakri. Dia ialah kawan yang baik kepada saya. Jadi jika berjumpa, kami tak suka bercakap mengenai vokal.
“Kami elak dan cuba untuk bercakap tentang hal lain. Hubungan kami boleh saya katakan bukan sakadar ‘hi hi bye bye’ semata-mata. Kami sangat rapat.
“Apabila dibanding-bandingkan, saya tidak berapa suka. Sebabya, Ernie ada kekuatan sendiri dan begitu juga sebaliknya. Apa pun, semua yang bertanding ada peluang,” katanya.
Ditanya sejauh mana perkara tersebut boleh menjejaskan tumpuannya kelak, penyanyi berusia 27 tahun ini menjelaskan, dia kini berusaha dan semakin mampu mengawalnya.
“Dulu betul, saya akan rasa terganggu dengan perkara tersebut, tapi sekarang ia sudah mulai berkurangan.
“Mungkin sebab saya kerap sertai program berbentuk pertandingan yang secara tidak langsung melatih saya untuk kekal fokus ketika membuat persembahan,” kata juara The Mask Singer musim pertama ini lagi.
Dua penyanyi yang sinonim dengan kekuatan vokal ini bakal berentap masing-masing menerusi lagu Semalam (Aina) dan Gundah (Ernie Zakri) bersama 10 barisan lagu lain yang terpilih.
Sementara itu berkongsi mengenai pilihan peribadinya di AJL35 pula, Aina jujurnya tidak sabar untuk melihat persembahan lagu Eh.
“Saya menantikan persembahan lagu Eh nyanyian Zizi Kirana. Saya suka mesej yang ada di dalam lagu tersebut. Bagi saya ia berani dan unik,” ujarnya.
AJL35 bakal bersiaran secara langsung pada 7 Februari depan di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani mendakwa dirinya pernah hampir menjadi mangsa gangguan serta perbuatan kurang senonoh oleh seorang lelaki dewasa, sebelum ini.