Penyanyi, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kini telah melibatkan diri dalam dunia pengarahan filem di industri hiburan tanah air.

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini pada masa sama memaklumkan , dia baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem keduanya berjudul Hantu Kuat Ketawa.

Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…” Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…”

“Saya baru sahaja habis jalani pengambaran filem berjudul Hantu Kuat Ketawa. Saya menjadi pengarah dan penulis skrip untuk filem ini.

“Empat pelakon utama dalam filem ini iaitu Saiful Apek, Syanie, Along Cham dan juga Zarina Anjoulie. Alhamdulillah semuanya dapat berikan komitmen dengan baik sepanjang penggambaran,” katanya.

Melihat kepada senarai pelakon filem berkenaan, pasti ramai yang ingin tahu mengapa bintang ini mengambil pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

IKLAN

“Saya pilih Anjou sebab dia dah lama tak berlakon dan saya pun memang baik dengan dia. Jadi saya tawarkan pada dia. Selepas itu dia tengok pada skrip filem itu, dia pun suka,” katanya.

Dia juga tidak menolak penglibatan Zarina yang kembali dalam dunia lakonan sebagai antara strategi untuk menarik minat penonton untuk menonton filem arahan terbarunya itu.

Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…” Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…”

IKLAN

“Sejujurnya, saya ada juga terfikir perkara macam tu. Yelah orang buat filem mesti nak ada benda yang boleh diperkatakan.

“Contoh macam saya ambil Saiful Apek dengan Syanie, mereka dah lama tak digandingkan bersama jadi saya rasa mesti ramai peminat yang merindui.

“Sama jua dengan Anjou sebab dia dah lama tak berlakon dan saya pasti penonton merindui untuk menonton lakonan Anjou,” katanya lagi.

IKLAN

Menurut Mawi, filem Hantu Kuat Ketawa ini dijangka bakal menemui penonton di saluran Astro First, pada Jun hadapan.

Sebelum ini, anak kelahiran Felda Kulai Johor ini mula melibatkan diri dalam dunia pengarahan dan perfileman menerusi filem pertamanya yang berjudul, Tiada Tajuk pada tahun 2019.

Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…” Mawi Jelaskan Sebab Ambil Zarina Anjoulie Berlakon – “Saya Pasti Penonton Rindu…”

Foto: Instagram Mawi, Zarina Anjoulie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI