Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor menyelar kenyataan seorang individu yang menuduh gadis yang menjadi mangsa gurauan isu rogol seolah-oleh seperti sengaja ingin mencari perhatian.

Jelas Adibah, gadis tersebut bukan sahaja mahukan perhatian tetapi turut ingin membangkitkan kesedaran dalam diri orang ramai yang sering kali menganggap isu tersebut sebagai remeh.

“Betul. Memang dia nak attention. Attention and awareness to a “normalised” demon that has been haunting our children.

“And she got our attention. She got the nation’s most needed attention. What is YOUR problem?,” selar Adibah.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Talentime itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

Ada Tuduh Gadis Sengaja Cari Perhatian Isu Rogol? Adibah Noor Respon Individu Ini – “Apa Masalah Anda?”

IKLAN

Ada Tuduh Gadis Sengaja Cari Perhatian Isu Rogol? Adibah Noor Respon Individu Ini – “Apa Masalah Anda?” Ada Tuduh Gadis Sengaja Cari Perhatian Isu Rogol? Adibah Noor Respon Individu Ini – “Apa Masalah Anda?”
Katanya lagi, gadis tersebut telah pun berjaya mendapatkan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia dan kesemua mereka sedang memberi tumpun terhadap siasatan yang sedang berlangsung ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan Adibah selain turut berharap agar isu seperti ini dapat membuka mata lebih banyak pihak pada masa akan datang.

IKLAN

“Orang macam ni cuba kena dekat diri dia sendiri tengok sikit bising takkkk,” respon seorang pengguna Twitter.

“Kak please don’t waste your energy on the uneducated dumbos,” balas individu lain pula.

“Benar sekali, tanpa attention, tindakan takkan diambil secara menyeluruh oleh pihak berkuasa. Sebab dia hanyalah seorang pelajar yang tidak ada apa apa kepentingan pada negara. Apa yang adik tu buat adalah tepat sekali. Attention + report,” komen seorang lagi pengguna Twitter.

Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI