Bagi yang telah menamatkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda, pasti kebanyakkan daripada anda tidak mahu ia terhenti setakat di situ.

Lantas, sekiranya anda diberikan peluang, sudah tentu anda mahu melanjutkan pelajara diperingkat yang lebih tinggi seperti ijazah sarjana mahu pun doktor falsahah.

Itulah yang disuarakan oleh pelakon, Nadia Brian apabila dia meluahkan hasrat menyambung pengajiannya di universiti.

Jelas Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, momen-momen sewaktu di universiti merupakan pengalaman yang terindah di dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian)

IKLAN

“Sweet ending, to a new beginning. Kenangan terindah. Okay sekarang rasa nak continue belajar Master pula.

“On ke tak on? Komen sikit guys! #NadiaBrian #UitmDiHatiku #Diploma #Degree,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Nadia menerusi sebuah entri di laman Ins miliknya.

IKLAN

“Dah La Cantik, Terpelajar Pula Tu!,”-Banyak Kenangan Di Universiti, Nadia Brian Luah Hasrat Ambil Master “Dah La Cantik, Terpelajar Pula Tu!,”-Banyak Kenangan Di Universiti, Nadia Brian Luah Hasrat Ambil Master “Dah La Cantik, Terpelajar Pula Tu!,”-Banyak Kenangan Di Universiti, Nadia Brian Luah Hasrat Ambil Master

Dikesempatan itu juga, pelakon filem Ratu Kalajengking itu turut bertanyakan kepada orang adakah ketika ini merupakan waktu yang sesuai buat dirinya untuk memenuhi hasratnya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif selaik turut menyifatkan Nadia bukan sahaja seorang pelakon yang berbakat tetapi juga mempunyai ilmu yang tinggi.

IKLAN

“Onz sangat. Education never out of style,” tulis seorang individu.

“Sokong sepenuhnya. Education never ends. Do go for it,” kata seorang pengguna Instagram.

“Of course yes! Ilmu tidak akan ada penamatnya,” sokong individu lain pula.

Sumber: Instagram Nadia Brian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI