Pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan ibunya, Yang Mulia Datin Marineei Abdullah telah selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan, Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Berita gembira itu dikongsikan Mawar menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah. Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu mesej ‘lama tak jumpa’ dari posting Prince Mateen kahwin dan babah in that video (video pernikahan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Januari lalu).

IKLAN

“Its hard to accept yang mumy akan tinggal di Brunei but you deserve a happy life for the rest of your life To my new family in Brunei, welcome to the family. Love you all endlessly,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Terdahulu, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet sama ada dia sudah mendirikan rumah tangga dengan pemuda Brunei selepas memuat naik hantaran dengan jari berinai putih di Instagram.

IKLAN

Ketika dihubungi, bintang drama Tundukkan Playboy Itu memilih untuk tidak mengulas lanjut dan memaklumkan perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum pada ketika itu.

Bagaimanapun, Mawar berjanji untuk berkongsi apabila sudah bersedia dalam waktu terdekat.

IKLAN

Imbas kembali, bapa kandung Mawar, Allahyarham Datuk Wan Abdul Rashid telah pergi menghadap Illahi pada 2007.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI