Rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup bagi usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri.

Sejak mendapat semula hak bertemu bapanya pada Januari lalu, Thalia sebolehnya mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.

“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.

“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.

Pertemuan dengan bapanya yang turut ditemani adik Thalia, iaitu Dayana turut dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sekaligus menerima respon baik warganet.

IKLAN

Tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku, Thalia menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir yang tertulis.

“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.

IKLAN

“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang ligat mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk selain fesyen jenama Talia.

“Saya Dapat Cium Tangannya…,” – Jumpa Semula Selepas 30 Tahun, Thalia Baiduri Syukur Masih Ada Rezeki Berbakti Kepada Bapa “Saya Dapat Cium Tangannya…,” – Jumpa Semula Selepas 30 Tahun, Thalia Baiduri Syukur Masih Ada Rezeki Berbakti Kepada Bapa “Saya Dapat Cium Tangannya…,” – Jumpa Semula Selepas 30 Tahun, Thalia Baiduri Syukur Masih Ada Rezeki Berbakti Kepada Bapa

IKLAN
@thaliabaiduri hubungan kami semakin hari semakin baik alhamdulillah. Datang melawat papa sebelum puasa 🤍 #fyp #talia #dollymilk #datinthaliabaiduri #putihkankulitmuseputihhatimu #ladybosstalia #susuputihtalia ♬ original sound – LAFF – LFD EMPIRE

Meninjau di ruangan terhadap video yang sudah pun ditonton hampir 300,000 kali itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang baik malah ada yang memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.

Bercerita lanjut, kakak kepada Madammu (Eriyca Baiduri) ini juga akui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.

“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya yang pernah muncul menerusi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI