Pengarah dan pelakon, Majed Salleh dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Selayang selepas mendapatkan rawatan akibat masalah jantung sejak dua minggu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, khabar duka itu disahkan sendiri isteri Allahyarham, Nur Shida Mohd Zikir.
Rasa sayu turut dikongsikan oleh adik ipar Allahyarham yang juga merupakan pelakon dan penyanyi terkenal, Shiha Zikir.
“Assalamualaikum wbt. Abang ipar Shiha, Abdul Majed Bin Mohd Saleh telah kembali ke rahmatullah jam 6.22 pagi tadi.
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum. Semoga diampunkan segala dosa-dosanya dan tergolong bersama golongan beriman. Aamiin Ya Allah.
Ads
“Masih tak percaya. Rasa nak padam semula post tadi,” tulisnya di Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan takziah serta memanjatkan doa agar mereka sekeluarga kuat menghadapi ujian berat ini.
Sementara itu, Nur Shida berkata, arwah suaminya disahkan meninggal dunia disebabkan komplikasi jantung yang mengakibatkan kegagalan organ buah pinggang dan hati.
Ads
Sebelum ini, Allahyarham Majed pernah dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Selayang pada 17 Julai lalu kerana keadaan jantung yang lemah dan badan juga bengkak.
Malah, keadaan pengarah drama Gerak Khas dan Metro Squad ini turut dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.
Bagaimanapun, difahamkan arwah sudah menjalani pembedahan perentak jantung (alat elektronik atau bateri yang dipasang untuk mengawal degupan jantung) di Hospital Serdang, sebulan yang lalu.
Ads
Dalam pada itu, Shiha turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak dan akan dikebumikan selepas Solat Jumaat.
”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit foto: Instagram Shiha Zikir dan Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda kini sedang hamil anak ketiga yang sudah mencecah usia 4 bulan ada berkongsi cerita bersama peminat.
Di samping berkongsi foto terkini dirinya, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam mengakui pernah percaya kepada perkara mitos tentang kehamilan.
“BOOOO-LAAATTTTT.. dulu kami percaya org kata sapa mengandung anak laki berseri.. sapa mengandung anak pompuan tak seri sbb baby tarik seri depa kata..
“kalau anak laki badan tak kembang sgt.. kalau anak pompuan badan kembang semangkuk.. kami tgk samaaa jaaa… badan kekembangan serupa tu gak,”
Selain itu, pelakon berusia 35 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dirinya tidak mengalami masalah kulit wajah sepanjang kehamilannya.
“cumanya yg kami perasan.. kami mmg takdak masalah kulit kalau mengandung.. ampa ada masalah kulit yg teruk dak.. cthnya.. tak mengandung kulit elok ja..
“kalau mengandung kulit tu rasa mcm nk p sagat kat jalan punya nk bg licin,” tulinsya menerusi hantaran di Instagram.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina pasti ramai mengenalinya kerana namanya pernah gah di persada antarabangsa sebagai penyanyi dan penulis lagu, satu ketika dahulu.
Kini sejak sekian lama melakukan penghijrahanya, berhijab dan menutup aurat sepenuhnya. Pereka fesyen yang juga ahli perniagaan dan usahawan di Malaysia ini banyak menghabiskan masa untuk mendalami ilmu agama dan menyertai majlis-majlis ilmu yang ada di Malaysia.
Mizz Nina Akui Dia Kini Sedang Mencari Erti Hidup!
Malah, menerusi sebuah muatnaik video yang dikongsikan menerusi akaun pengguna @menjadidewasa.my di aplikasi Tik Tok baru-baru ini Mizz Nina telah berkongsikan pengalamannya dalam mencari erti kehidupan yang sebenar.
“Saya kejar banyak benda dalam kehidupan saya dahulu, dari budak kecil yang memenangi banyak pertandingan sehingga memenangi anugerah, buat album kesemuanya, saya terus kejar menang dan menang lagi kemudian saya mempersoalkan apa lagi yang perlu dikejar?” katanya.
“Saya menang award dan lakukan semula kemudian manusia menyokong apa yang saya lakukan. saya tak rasa tenang hati serta tak rasa kepuasan,” tambahnya lagi.
Selain itu, Mizz Nina berkata perkara itu yang membuatkan dia gembira dan seronok sebelum ini. Bagaimanapun, setelah acapkali melakukan perkara sama, dia mula merasa bosan hingga nekad dan mengambil keputusan untuk meninggalkan semua keseronokkan itu dan memutuskan untuk berhijrah demk mendalami erti sebenar kehidupan serta mendambakan ketenangan yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.
Sekadar info, Mizz Nina telah dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan diatas bakti dan sumbangan telah dilaksanakan menerusi misi kemanusiaan sehingga ke luar negara.
Beliau juga komited untuk memberi dan berkongsi rezeki kepada masyarakat yang kurang kemampuan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
“Sharifah Zainab binti Syed Ali 87 my Grand Ma…senyum tidak pernah merungut. Love her attitude…always.
“Hidup saya asyik memuji kebaikannya..soft spoken. Hatinya masya allah… Alfatihah ..siapa yang mengenalinya. Beliau telah meninggalkan kita dlm tidrnya pagi tadi di kediamannya alor setar,” tulis Shahirah pula.
Manakala, bagi Haslinda pula, dia mendoakan agar Allahyarham neneknya ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Al Fatihah. Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad ~ My nenek ~ 87 tahun baru meninggal pagi tadi dalam tidur. Amalan beliau yg tak pernah putus, Surah Al Khafi.
“Semoga Rohnya diangkat bersama Roh2 orang beriman… Amin. Jumaat Barokah 9/11/18’ #toknab,” tulisnya.
Salam takziah MH ucapkan buat keluarga mereka.
Foto/Instagram: Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!