Namanya mula dikenali sebagai seorang penyanyi nasyid, namun kini pemilik sebenar nama Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin atau lebih dikenali sebagai Fakhrul UNIC kini ‘terjun’ dalam dunia lawak.
Fakhrul, 33, punyai sebab tersendiri untuk menceburi arena lawak dalam sebuah program realiti Muzikal Lawak Superstar, terbitan Astro.
Malah, gabungannya bersama pelawak hebat seperti Fad (Bocey) dan Atu (Zero) menjadikan mereka bersatu sebagai kumpulan UNI.
“Saya akui saya bukan seorang pelawak, tapi saya cuba menjadi lawak dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pelawak-pelawak lain khususnya Fad dan Atu.
“Niat saya sebenarnya adalah untuk berhibur sambil berdakwah dengan menyampaikan mesej yang baik dan berguna kepada orang ramai.
Pada masa sama, Fakhrul turut menjelaskan peminat kini mahu sajian santai dan mudah.
“Masyarakat sekarang ini suka perkara-perkara santai dan mudah dihadam.
Ads
“Kalau dapat dilihat, mereka (masyarakat) tidak suka sesuatu yang terlalu serius dan akhirnya mereka kurang minat tentang sesuatu perkara, khususnya ilmu agama,” kata Fakhrul kepada MH.
Bagaimanapun, masih ada segelintir yang memandang serong terhadap status Fakhrul sebagai ustaz dan memilih jalan dalam dunia pelawak.
“Sebelum masuk pertandingan ini, saya sudah bersedia dengan kritikan dan kecaman netizen yang menganggap saya daripada seorang ustaz dan ‘terjun’ dalam bidang lawak macam ini.
“Saya tidak kisah netizen nak kata apa, sebab mulut orang kita susah nak tutup, tapi saya tahu apa yang saya lakukan dan saya tahu hala tuju sesuatu perkara,
Ads
“Dalam masa sama, saya akan hadkan dan jaga batas saya ketika melawak dengan status saya sekarang ini (ustaz),” jawab Fakhrul tenang.
Kongsi juara pertandingan Akademi Al-Quran musim ke-3 ini lagi, dia mahu mengembangkan kariernya sebagai seorang yang versatil.
“Saya bermula dengan menyanyi nasyid, kemudian bidang pengacaraan dan sekarang jadi pelawak pula.
Ads
“Bagi saya itu adalah anugerah dari Allah dengan bakat yang ada dalam diri setiap individu untuk jadi versatil,” jelas Fakhrul yang memegang karakter sebagai seorang ustaz di pondok sekolah minggu lalu (minggu kedua).
Meski gabungan kumpulan UNI tanpa wanita, menjadikan mereka lebih mudah untuk berkolaborasi dan mahu menghindari pakaian seperti wanita dalam setiap karakter yang akan dibawa pada masa akan datang.
“Kami dah sepakat untuk elakkan mesej yang berunsur pakaian wanita sebab banyak lagi cerita dan mesej yang boleh disampaikan,
“Walaupun ketiadaan ahli kumpulan wanita seperti kumpulan-kumpulan lain, kami tetap akan bawa mesej yang bersahaja dan boleh menghiburkan orang ramai,” tegas Fakhrul yang mahu kekalkan imej sebagai seorang lelaki dalam setiap watak yang digalas.
Kumpulan UNI akan beretap bersama 12 lagi kumpulan lain dalam minggu ketiga jam 9 malam ini (Jumaat) di Atsro Warna (132) dan Warna HD (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Small family with big happiness. Syukur Alhamdulillah, rezeki kebahagiaan dan kesihatan daripada dari Allah. Semoga Allah berikan ketenangan buat semua,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Romeo Kota itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut merasakan rezeki Allah hadir dalam pelbagai cara sekiranya kita melihatnya daripada sudut pandang yang positif.
“Nota kaki: Rezeki Allah datang daripada pelbagai bentuk. Difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan posting Fizo itu dengan kenyataan yang dikeluar oleh bekas isterinya yang juga merupakan usahawan terkenal Mawar Karim baru-baru ini.
Terdahulu, Mawar dikatakan telah berkongsi foto tangkap layar yang memaparkan komen netizen yang menegur mengenai penampilannya yang dikatakan tidak lagi secantik ketika menjadi isteri Fizo.
Tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, Mawar memaklumkan kehidupannya kini semakin tenang lebih-lebih lagi selepas duitnya dikatakan tidak lagi lesap.
Sekadar informasi, Fizo dan isterinya, Fazeera Nazri telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.
Malah, baru-baru ini juga, Fizo memaklumkan isterinya itu kini sedang hamil anak kedua.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mawar namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi Siti Sarah meminta ramai ramai supaya berhenti berkongsi rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mengenai keadaan isterinya yang didakwa sedang kritikal di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Di dalam satu posting di Instagram, Shuib menjelaskan rakaman audio yang tular bukan keadaan terkini Sarah, sebaliknya apa yang berlaku kelmarin.
“Berkenaan voice note yang viral mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari jumaat, 6 Ogos 2021.
“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.
Terdahulu rakaman audio terbabit mendedahkan keadaan penyanyi Manis itu yang didakwa sudah tiada harapan selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya.
Menurut Shuib, keadaan isterinya itu masih sama dan memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa.
“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.
“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian kata yang diungkapkan penyanyi Sissy Iman selepas diminta rakan hos Famili Duo, Janna Nick mengulas mengenai persembahannya sepanjang enam minggu bersaing di dalam program berkenaan.
Bagaimanapun, Sissy tidak dapat meneruskan ucapan kerana sebak, dipercayai selepas menerima komen juri Mas Idayu susulan persembahannya menyampaikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam versi keroncong.
Rakan duo Sissy, Naim Daniel terdahulu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua selain mengakui Sissy memberikan komitmen terbaik sepanjang saingan di dalam rancangan hiburan realiti itu.
“Alhamdulillah, terima kasih dengan semua komen. Ini program hiburan untuk keluarga. Saya harap semuanya kekal terhibur. Saya dan Sissy percaya, apa sahaja yang kitaorang cuba, kita cuba untuk bereksperimentasi.
“Sekali lagi terima kasih untuk semua yang menyokong. Terutamanya Sissy sebab saya tahu dia memberikan banyak kesungguhan untuk pertandingan ini. Ya, insyaAllah kita akan cuba lagi pada masa akan datang” kata Naim.
Sejurus persembahan, Mas Idayu memberikan reaksinya terhadap persembahan mereka dan Sissy dirakam sebak, dipercayai susulan teguran yang diterima mereka.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.