Pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi akui amat berbesar hati selepas diberikan kepercayaan untuk menjadi tenaga pengajar yang akan membimbing para waratawan dan pembaca berita bagi program berita baharu, Berita 757 terbitan Awesome TV.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia menyambut baik usaha yang cuba diketengahkan oleh pihak stesen televisyen tersebut yang ingin membawa pembaharuan dan nafas baharu bagi program berita tempatan.

“Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita

“Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada unit berita, Awesome TV yang percaya pada kredibiliti saya sebagai seorang yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam industri penyiaran.

“Antara sebab saya bersetuju dengan projek ini kerana saya merasakan kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Walaupun di Awesome TV kebanyakkan pembaca beritanya masih lagi baru, tetapi saya melihat mereka sangat berpotensi.

“Saya di sini sebagai tenaga pengajar yang akan membimbing mereka daripada awal. Bila pihak Awesome TV membentangkan idea untuk membawa pembaharuan di dalam program berita tempatan, saya amat mengalu-alukannya permintaan itu.

IKLAN

“Saya rasa usaha ini amat sukar jika ingin dilakukan di stesen-stesen televisyen lain kerana mereka sudah mempunyai hala tuju yang telah ‘dikunci’ berpuluh tahun lamanya. Hal ini sebenarnya melemahkan mereka kerana tidak terbuka kepada idea-idea baru,” katanya kepada MH.

Aznil ditemui pada Majlis Sidang Media Pengumuman Kolaborasi Strategik Berita 7.57 dan Datuk Aznil Haji Nawawi yang berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita

Bersesuaian dengan program berita yang mempunyai visi untuk mengangkat suara rakyat serta kelantangan dalam mengupas isu-isu semasa, Aznil mendedahkan dia mempunyai tugas untuk menyuntik ‘rasa’ dan ‘nyawa’ di dalam setiap penyampaian berita.

IKLAN

“Antara kelemahan ketara pada pembaca-pembaca berita masa kini adalah mereka masih lagi terperangkap di takuk lama. Cara pembacaan yang kita dah lihat sejak dari tahun 1990.

“Bila memasuki era baharu ini, pembacaan berita harus menjadi seperti perbualan walaupun kita hanya membacanya di ‘prompter’. Mereka sebenarnya bukan bercakap pada kamera semata-mata sebaliknya kepada orang di hadapan yang menonton.

“Inilah antara cabaran yang paling sukar dan tembok itu masih lagi belum ditembusi di kebanyakkan stesen-stesen tv tempatan.

IKLAN

“Masih ada lagi bernada seperti robot atau burung kakak tua yang membaca tapi tidak memahami apa yang ingin disampaikan. Kosong semata-mata. Saya mahu jadikan Berita 757 ini sebagai ‘manusia’ dan bukan hanya medium menyampaikan maklumat,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, pihak Awesome TV turut memperkenalkan empat penyampai berita mereka terdiri daripada Dr Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

“Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita “Masih Ada Lagi Bernada Seperti Robot & Burung Kakak Tua,” – Jadi Mentor Berita 757, Pak Nil Mahu Suntik ‘Rasa’ & ‘Nyawa’ Dalam Penyampaian Berita

Mengangkat slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, Berita 757 bersiaran pada setiap hari bermula jam 7.57 hingga 8.30 malam di saluran Awesome TV.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI