Abang kepada penyanyi Yasin Sulaiman, Dr. Zain Sulaiman berkata keprihatinan YB Syed Saddiq bertemu dengan mereka sekeluarga seperti yang dikongsikan di Instagram semalam adalah berhubung kiriman salam adiknya terhadap ahli politik itu sebelum ini.
Terdahulu, ketika dibawa ke mahkamah penyanyi lagu Mimpi Laila itu ada menyampaikan kiriman salam terhadap Syed Saddiq yang sebelum ini lantang memperjuangkan penggunaan ganja dalam perubatan.
“Kunjungan kami sekeluarga ke kediaman Syed Saddiq semalam berikutan kiriman salam Yasin terhadap YB sebelum ini.
“Dalam pertemuan itu, YB bertanya tentang keadaan Yasin dan kebanyakan perbincangan banyak memberikan fokus tentang medical cannabis (perubatan ganja).
“Seperti yang dikongsikan YB di Instagramnya, di situ beliau sudah simpulkan (perjuangan untuk meluluskan penggunaan ganja untuk perubatan),” katanya ketika dihubungi Media Hiburan.
Zain bersama ibu dan bapanya berkunjung ke kediaman Syed Saddiq di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor seperti perkongsian yang dibuat Ahli Parlimen Muar itu di laman Instagramnya semalam.
Posting tersebut pantas meraih perhatian netizen apabila mendapat lebih 33,000 tanda suka.
Ads
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini Yasin yang kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh, Zain menjelaskan pihak peguam adiknya sedang berusaha agar Yasin segera mendapatkan rawatan psikatri bagi merawat penyakit bipolar kronik yang dihidapinya sejak tahun 2009.
“Peguam sudah menulis surat secara rasmi kepada pihak penjara untuk Yasin mendapatkan rawatan psikatri dan sekarang kami masih menunggu sebab pihak penjara ada prosedur mereka berhubung perkara ini.
“Kami sekeluarga tetap berada di belakang (menyokong) Yasin 100 peratus sebab dia adalah pesakit, bukan penjenayah.
Ads
“Mungkin ramai yang tidak tahu latar belakang kesihatan dia yang telah menghidap bipolar kronik sejak 2009 dan saya percaya ramai tidak faham bipolar itu macam mana.
“Kalau ramai yang faham, mesti mereka dapat menilai keadaan sebenar. Pesakit bipolar perlu sentiasa mendapatkan rawatan untuk stabilkan keadaan mereka,” jelasnya.
Ketika ditanya mengenai anak-anak Yasin, Zain menjelaskan kedua-dua saudaranya itu ada menyatakan perasaan rindu pada bapa mereka.
“Mereka tabah menghadapinya tapi siapa yang tak rindu bapa dan bapa mana yang tidak rindukan anak mereka.
Ads
“Saya memang sentiasa update mereka apa sahaja perkembangan Yasin dari masa ke semasa,” katanya.
Yasin, 47, mempunyai dua anak iaitu Sameer dan Malaika hasil perkongsian hidup dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan.
Bekas ahli kumpulan Brothers itu didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati, dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syed Saddiq, Utusan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mimi Fly telah memuat naik keratan akhbar tempatan yang memaparkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Love Yourself Association (LYSA) dan Gerakan Alpha Legacy Enterprise (GALE) membuat laporan polis berhubung video dimuat naik Datuk Aliff Syukri di Instagram.
Ia semuanya berhubung tindakan usahawan selebriti itu yang bertindak memukul anak perempuannya, Qadeja gara-gara membuka tudung.
Lalu, mereka menegaskan isu memalukan di khalayak umum menjadi satu kebiasaan sehingga menyebabkan berlakunya penderaan emosi.
Malah, penyanyi wanita ini turut berkongsi fakta mengenai penyakit mental yang merupakan sakit kedua paling kritikal selepas sakit jantung.
“Petang tadi sambil meeting bersama AJK NGO “Love Yourself Association”, kami memberikan sedikit penjelasan tentang isu public shaming yang sudah makin lama makin menular dalam negara.
“Jangan kerana nak merancak social media kita terlupa anak2 kita membesar dengan low self-esteem, stress dan “emotionally abused”.
“Mental health dalam Malaysia dah masuk ranking no 2 paling kritikal selepas sakit jantung. Kalau kita ambil mudah sekarang, masa depan anak2 kita yang hancur.
“Tiada siapa suka dimalukan di social media, diejek di sekolah kerana video diviralkan oleh ibubapa sendiri.
“Nak berkongsi parenting 101 bukan masalah, tapi penting sgt ke nak feed your ego to show the world how u run your life, until u neglect the longterm effects in your children’s life?,” tulisnya panjang lebar.
Pelakon dan penyanyi, Adibah Noor ada memuat naik sekeping foto sedang menjalani rawatan susulan gangguan saraf muka, Bell’s Palsy yang dialami pada bahagian kiri wajah.
Kongsi penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, dia kini sedang dalam proses pemulihan daripada penyakit berkenaan.
Perkongsian tersebut dibuat Adibah menerusi satu entri di Instagram buat tatapan umum.
Pelakon, Mas Khan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Porche buat ibu tercinta.
Jelas Mas Khan, segala kejayaan yang telah diraihnya ketika ini adalah berkat daripada doa ibunya selama ini.
“Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah. Ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia.
“Betul tuhan tak biarkan hamba dia sendirian dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dengan izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita “Berkehendak Ingin Kan sesuatu” kita mampu capai InshaAllah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, Mas Khan turut dilihat berkongsi reaksi ibunya saat menerima hadiah kereta tersebut.
Mas Khan turut menambah, walau apapun yang terjadi, dia akan tetap kuat dan berusaha untuk membahagiakan seluruh ahli keluarganya.
“Sabarlah dalam perjuangan, sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan yang menang selalu di akhir cerita.
“Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza. Family first,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar Mas Khan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Blessings on blessings. Keep going brother.
“Congrats Mas. Proud of you. I follow you dari awal lagi till now. You memamg superb duper power.
“Alhamdulillah, tahniah bang. Moga dimurahkan rezeki selalu,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, selain aktif berlakon, Mas Khan juga sibuk menguruskan bisnes inap desa dan juga servis sukan dan rekriasi, ATV Adventure Park KL.
Sumber: Instagram Mas Khan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun baru menyambut ulang tahun ketiga, Choco Albab sudah mula ditawarkan untuk menjadi penaja rancangan hiburan utama dan berprestij di negara ini.
Pengasasnya, Said Saiful...