Pelakon Datin Diana Danielle berkongsi foto wajahnya menjadi tua, menggunakan aplikasi FaceApp lalu dikongsikan di Instagram miliknya buat tatapan umum.
Meski fotonya disunting kelihatan tua, namun rata-rata peminat masih memuji raut wajah berusia isteri Farid Kamil itu yang disifatkan masih cantik menawan.
“Morning! Jangan marah-marah nanti cepat tua”, tulis Diana menerusi ruangan kapsyen.
Penyanyi, Sharul Kamal meluahkan rasa terharu selepas namanya tersenarai antara lima selebriti yang mampu melaungkan azan dengan baik menerusi satu artikel yang diterbitkan akhbar, Harian Metro baru-baru ini.
Menurut Sharul, perkara tersebut pasti akan membuatkan ibunya berasa bangga meski mengakui satu ketika dahulu dia merupakan seorang anak yang nakal.
Aku lah manusia yang paling hina dekat bumi Allah ni. Aku bukan siapa2 pun. Lahir je aku dekat dunia ni dari ibu aku juga, sama macam yang lain. Mati aku nanti ke tanah juga, sama macam yang lain. Apa yang ada dekat aku semuanya bukan aku punya. Bukan aku punya.
“Weh, ni kalau ibu aku nampak ni mesti sejuk perut dia, seolah-olah perut dia ada kipas.
“Walaupun aku anak paling nakal dari kecik sampai ke besar, selalu malukan dia dengan perangai nakal aku, at least ada juga lah benda yang buat dia bangga.
“Terima kasih Harian Metro,” tulisnya.
Pada masa sama, Sharul tidak mahu bermegah dengan pernghargaan ini kerana percaya semuanya adalah pinjaman daripada yang maha Esa.
Aku lah manusia yang paling hina dekat bumi Allah ni. Aku bukan siapa2 pun. Lahir je aku dekat dunia ni dari ibu aku juga, sama macam yang lain. Mati aku nanti ke tanah juga, sama macam yang lain. Apa yang ada dekat aku semuanya bukan aku punya. Bukan aku punya.
“Aku lah manusia yang paling hina dekat bumi Allah ni. Aku bukan siapa-siapa pun.
“Lahir je aku dekat dunia ni dari ibu aku juga, sama macam yang lain.
“Mati aku nanti ke tanah juga, sama macam yang lain. Apa yang ada dekat aku semuanya bukan aku punya. Bukan aku punya,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia 2015 itu di laman Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meminta Sharul untuk memperbanyakkan lagi berkongsi video memperdengarkan alunan indah ayat suci Al-Quran.
Terdahulu, nama Sharul telah menjadi sebutan ramai apabila video laungan azannya ketika berkunjung di sebuah masjid di Mesir tular platform media sosial.
Malah posting klip videonya mengenai perkata terkait turut menerima ratusan ribu tanda suka.
Bintang muda, Ariff Bahran mengakui hubungannya dengan wanita yang bekerja dalam produksi penerbitan sudah putus sejak Mac lalu.
Memberikan penjelasan tersebut menerusi Harian Metro, penyanyi dan komposer muda itu menyifatkan hubungannya dengan wanita yang dikenali lebih setahun lalu itu tiada jodoh.
“Saya reda dan terima ketentuan apabila hubungan kami tidak dapat bertahan lama. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya terima keputusan ini dengan berlapang dada.
“Saya perlu positif dan lakukan perkara yang lebih penting iaitu berusaha dengan lebih baik untuk mengembangkan karier nyanyian,” katanya seperti yang dipetik.
Enggan berkongsi punca perpisahan, penyanyi lagu Kata Akhirmu dan Juara Dusta itu menambah, selepas episod putus cinta itu, dia kini sibukkan diri dengan kerja selain mahu membina nama dalam industri hiburan.
“Buat masa ini saya ingin memberi sepenuh fokus untuk membina nama dalam industri seni nyanyian dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.
“Saya masih muda dan perjalanan saya masih panjang. Lagipun saya bakal lancarkan single baharu berjudul Usah hasil ciptaan saya dan Sufian Suhaimi bulan ini.
“Selain itu, saya juga sudah ada beberapa perancangan untuk karier seni seperti mencipta lebih banyak lagu balada yang menjadi jiwa saya selain berhasrat untuk menerbitkan album mini,” akhirinya.
Dia sebelum ini kian meraih tumpuan selepas bersaing dalam program Big Stage musim pertama.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).