Bintang muda, Ariff Bahran mengakui hubungannya dengan wanita yang bekerja dalam produksi penerbitan sudah putus sejak Mac lalu.

Memberikan penjelasan tersebut menerusi Harian Metro, penyanyi dan komposer muda itu menyifatkan hubungannya dengan wanita yang dikenali lebih setahun lalu itu tiada jodoh.

Malah, dia juga reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya reda dan terima ketentuan apabila hubungan kami tidak dapat bertahan lama. Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk saya terima keputusan ini dengan berlapang dada. 

IKLAN

“Saya perlu positif dan lakukan perkara yang lebih  penting iaitu berusaha dengan lebih baik untuk mengembangkan karier nyanyian,” katanya seperti yang dipetik.

Enggan berkongsi punca perpisahan, penyanyi lagu Kata Akhirmu dan Juara Dusta itu menambah, selepas episod putus cinta itu, dia kini sibukkan diri dengan kerja selain mahu membina nama dalam industri hiburan.

IKLAN

“Buat masa ini saya ingin memberi sepenuh fokus untuk membina nama dalam industri seni nyanyian dan menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

“Saya masih muda dan perjalanan saya masih panjang. Lagipun saya bakal lancarkan single baharu berjudul Usah hasil ciptaan saya dan Sufian Suhaimi bulan ini.

IKLAN

“Selain itu, saya juga sudah ada beberapa perancangan untuk karier seni seperti mencipta lebih banyak lagu balada yang menjadi jiwa saya selain berhasrat untuk menerbitkan album mini,” akhirinya.

Dia sebelum ini kian meraih tumpuan selepas bersaing dalam program Big Stage musim pertama.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI